Isnin, 25 September 2017

Pokok Longan Brazil

Salam bertani

Salah satu jenis pokok longan yang mula mendapat perhatian para petani ialah pokok longan brazil. Buah pokok longan brazil adalah di antara buah longan yang paling besar, saiznya hampir sebesar telur ayam kampung. Rasanya seakan rasa buah longan biasa tetapi mempunyai isi yang agak tebal dan manis. Isinya diselaputi kulit dalam yang lembut dan perlu dibersihkan sebelum memakannya.

Pokok longan brazil mudah dibiakkan melalui semaian biji benihnya atau boleh juga gunakan kaedah cantuman atau markot. Pokok yang dibiakkan melalui biji benih akan mula berbunga dan berbuah selepas dua tahun ditanam. Saiz pokoknya agak sederhana dan perlu dicantas setiap kali selepas dituai buahnya supaya sentiasa  rendah dan rendang. Ia adalah jenis buah-buahan tidak bermusim.

Musuh utama buah longan brazil ialah serangan serangga lalat buah. Buah yang matang akan rosak dan berulat sekiranya terkena serangan lalat buah. Buah perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakkan tersebut. Selain itu, kelawar, tupai dan monyet juga sangat berminat dengan buah longan brazil ini. Buah longan brazil yang terlalu masak akan pecah sendiri di pokok.


Setangkai buah longan brazil


Anak benih pokok longan brazil


Sepokok longan brazil dewasa yang sudah berbuah.


Pokok longan brazil sedang berbuah


Setangkai bunga longan brazil


Bunga longan brazil membentuk putik buah


Buah longan brazil bersaiz besar


Bentuk buahnya agak bulat dengan sedikit lonjong


Berwarna hijau semasa muda.


Setangkai buah longan brazil yang lebat


Buah yang hampir matang.
Warnanya agak kekuningan.

Salam bertani.
Catat Ulasan