Baru-baru ini sepokok pokok bunga bakawali di tempat WP telah mengeluarkan bunga yang lebat dan menarik. Pokok bunga bakawali juga dikenali sebagai pokok Epiphyllum atau ada juga yang memanggilnya sebagai pokok kaktus orkid. Ia adalah sejenis pokok kaktus yang hidup berumpun mengeluarkan batangnya yang berbentuk leper seperti daun walau pun sebenarnya ia tidak berdaun.
Pokok bakawali boleh dibiakkan dengan keratan batang leper seperti daun tersebut atau pun dengan cara pembahagian rumpun. Keratan batangnya akan mengeluarkan tunas seperti daun dan membentuk anak pokok (seperti membiakkan pokok sansevieria). Sebelum disemai, keratan batangnya perlu dikeringkan beberapa hari untuk mengelakkan serangan kulat.
Kita jarang-jarang dapat melihat bunga pokok bakawali ini berkembang mekar kerana jangka hayat mekar bunga ini hanyalah sehari sahaja. Uniknya bunga bakawali akan mekar penuh pada waktu malam dengan mengeluarkan bau yang harum semerbak (malam bulan mengambang). Bunga ini akan layu pada waktu siangnya. Ada beberapa kepercayaan orang dulu-dulu berkaitan bunga bakawali ini tetapi masyarakat sekarang mungkin sudah tidak mempercayainya lagi.
Pokok dan bunga bakawali dikatakan ada nilai herba juga dan digunakan oleh orang-orang dahulu intuk mengatasi msalah rabun mata dan perawatan untuk mencantikkan kulit. Ada juga yang menggunakannya untuk merawat luka, bisul, bengkak dan beberapa penyakit lain.
Ramai yang keliru di antara pokok bunga bakawali dan pokok herba bratawali (brotowali) kerana namanya yang hampir sama. Pokok bratawali adalah pokok herba melilit/memanjat. Batangnya yang menggerutu digunakan sebagai perawatan pelbagai jenis penyakit dan rasanya sangatlah pahit.
Sekuntum bunga bakawali yang sedang kembang mekar.
Inilah rupa pokok bakawali/epiphyllum.
Batangnya berbentuk leper seperti daun.
Kudup bunga bakawali.
Mengeluarkan bunga seperti pokok naga (dragon fruit)
Kudup bunga yang belum mekar.
Memerlukan beberapa hari untuk mekar.
Mengeluarkan hampir 15 kudup bunga
Bunganya akan mekar bermula waktu malam .
( 9.00 malam)
Kembang mekar pada waktu tengah malam bulan mengambang.
Mengeluarkan bauan yang harum semerbak
Akan beransur layu pada waktu awal pagi
Selepas subuh
Sekuntum lagi
Selepas terbit mentari
Pokok bakawali dengan bunga-bunganya yang layu
menjelang pagi/siang hari.
Salam bertani.
pokok ni mudah ke cara tanaman dia ek? ada jual ke benih ni?
BalasPadamSangat mudah ditanam, hanya gunakan keratan batang (yang leper seperti daun tu)
PadamPokok ni yang sama ke orang buat ubat ek? Akar yg pahit tu yea?
BalasPadamHerba ubatan yang sangat pahit tu dipanggil pokok brotowali.
BalasPadamSangat jauh berbeza.
Bunga ni elok di tempat panas atau redup?
BalasPadamSesuai di tempat panas untuk meransang pengeluaran bunganya
BalasPadamSalam. Boleh saya tahu jika biak dari keratan daun, berapa jangka masa untuk keluar akar dari keratan jika ditanam terus dalam tanah?
BalasPadamSelepas dikerat perlu disimpan dahulu seminggu barulah ditanam. Dalam masa 2 ninggu akan berakar dab akan keluar tunas baharu.
PadamSays memiliki bunga INI Dan mimang says sang at sukakannya bagi says bunga bakawali INI sang at yunik jika and a mimang seorang pencinta tenaman bias rugi kalau tidal memiliki nya says pelihara bunga bakawali INI Dan lebih kurang 20 tahun.
BalasPadamBoleh hubungi saya kepada sesiapa yg ada bunga bakawali putih ini di 013 2674217..
PadamUntuk keratan batang, perlu dijemur atau direndam dalam air? Tq
BalasPadamJemur jangan rendam
PadamBunga ni kliar brp lma ambk msa ye
BalasPadamTanam beberapa bulan keluarlah bunganya
PadamKlua.saya baru beli tpi xda bunga lg
BalasPadamLetak tempat panas
PadamSaya ada juga byk pokok ni.. Tp byk jadi melecur dan ada bintik2 naik di daun tu normal ke atau ada serangan hama pd pokok bakawali?
BalasPadamMungkin terlampau banyak air menyebabkan serangan kulat
Padamterutama kalau musim hujan