Isnin, 3 Oktober 2016

Kebun Sayur 1

Salam bertani.

Menanam sayur-sayuran merupakan salah satu usaha pertanian yang  WP jalankan.
Kerja-kerja pengurusan kebun sayur dijalankan setiap hari walau pun WP mengusahakannya secara kecil-kecilan sahaja. Kerja-kerja yang terlibat termasuklah menyediakan batas, menyiram, membaja, merumput, menggembur tanah dan mengawal serangan perosak. Hasil tuaian dari kebun sayuran ini biasanya dipasarkan di pasar tani seminggu sekali dan untuk kegunaan sendiri.


Penyediaan batas untuk penanaman sayuran.
Kebanyakan sayur-sayuran ditanam di atas batas.


Semaian pokok kangkung menggunakan biji benih.
Pembajaan organik berasaskan tahi ayam.



Sayuran kangkung sudah boleh dituai



Pokok sawi bunga.


Tanaman selom



Bunga pokok selom.


Pokok kesum.


Pokok ulam raja.



Tanaman bayam.


Bayam merah


Ini juga dipanggil bayam merah.


Bayam hijau


Pokok sayur meranti


Tanaman meranti di atas batas.


Pokok kemangi.


Keledek daun.



Pokok terung unggu panjang 



Bunga terung unggu panjang.


Buah terung unggu panjang.


Pokok terung unggu bulat


Bunga terung unggu bulat.


Buah terung unggu bulat


Keladi minyak/keladi putih.


Keladi cina.


Serai


Keratan batang ubi kayu.


Pokok ubi kayu indon.


Kacang panjang.


pokok bendi.


Tanaman kunyit untuk daun.


Pokok ubi garut


Pokok letup kelambu yang tumbuh sendiri.
(bukan sayuran)


Buah letup kelambu.
(boleh dimakan)

Menanam sayur-sayuran adalah usaha sambilan sahaja di kawasan kebun yang agak terhad. Walau pun hasilnya tidak seberapa, yang pentingnya WP dapat melakukan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa terluang.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan