Ahad, 1 Mei 2016

Pokok Bebuas

Salam bertani.

Pokok bebuas (WP memanggilnya pokok singkil) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan. Ia merupakan pokok renek yang mudah dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Pertumbuhan melalui biji benih agak lambat berbanding dengan keratan batang.

     Daun bebuas muda biasanya dijadikan ulaman mentah atau pun direbus dan boleh juga dijadikan masakan seperti sayuran lain. Di sini kami biasanya menggunakan daun bebuas sebagai salah satu ramuan untuk membuat botok-botok. Daun bebuas juga digunakan sebagai bahan pembalut untuk masakan yang dibakar atau dikukus.

    Terdapat sepohon  bebuas yang rimbun dan subur di tepi pagar padang ragut ternakan lembu WP. Nampaknya lembu-lembu tidak berminat terhadap daun bebuas ini.


Sepohon  bebuas di tepi padang ragut yang rimbun dan subur.


Pucuk pokok bebuas yang boleh dijadikan ulaman dan sayuran.



Bunga pokok bebuas


Bunga dan buah pokok bebuas.


Buah pokok bebuas


Buah bebuas yang hampir matang.


Buah pokok bebuas yang matang berwarna hitam
dan boleh disemai untuk mendapatkan anak benih.


Anak pokok bebuas yang disemai melalui keratan batang muda.


Keratan batang muda pokok bebuas berumur dua minggu.
Telah mula berakar dan mengeluarkan pucuk baru.

Pokok bebuas dikatakan mampu meredakan sakit kepala, darah tinggi, kecacingan, meningkatkan kekuatan dalaman badan dan lain-lain. Marilah menanam pokok bebuas untuk dijadikan ulaman yang mengandungi pelbagai khasiat.

8 ulasan:

  1. Ada benih pokok bebuas ka? Saya di PJ, minat nk beli 3-4 pokok

    BalasPadam
  2. Saya ada. Nak datang ambil keratan. Free je. Baru cantas buang tapi ada byk lahi ranting. Saya di Batu Caves

    BalasPadam
  3. Dudok Kg Dulu pernah makan ulaman bebuad

    BalasPadam
  4. adakah pokok bebuas ni sama dengan pokok salang

    BalasPadam
  5. Saya pun ade pokok ni, tp buat bonsai..

    BalasPadam
  6. Daun mudanya di buat ulam atau boleh di buat masak lemak bersama tempe

    BalasPadam