Rabu, 13 Januari 2016

Pokok Tenggek Burung

Salam bertani.

Pokok tenggek burung (dikenali juga sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik) merupakan salah satu tanaman yang terdapat di kebun "Warisan Petani". Pokok tenggek burung pada asalnya adalah pokok liar yang tumbuh di kebun getah tua. Apabila kebanyakan pokok getah mati akibat serangan cendawan akar, pokok tenggek burung mengambil alih memenuhi kawasan tersebut.

   Pokok ini hanya perlu sekali sekala dibaja untuk mengekalkan kesuburannya. Ia senang membiak melalui biji benih dan ada juga yang tumbuh melalui akarnya. Selain mengambil pucuknya sebagai ulaman, pokok ini perlu dipangkas supaya tidak terlalu tinggi. Jika dibiarkan pokok tenggek burung boleh menjadi besar dan tinggi dan menyukarkan kita untuk menuai pucuknya. Pokok yang selalu dituai atau dipangkas lebih kerap mengeluarkan pucuk muda.

    Pucuk tenggek burung biasanya dijadikan ulaman bersama sambal belacan dan dimakan dengan nasi. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi ulam dan nasi kerabu. Rasanya lemak dan sedikit kelat.


Anak benih pokok tenggek burung berumur sebulan.


Anak benih pokok tenggek burung dalam polybag.


Anak benih pokok tenggek burung yang tumbuh
melalui akar pokok dewasa.


Anak benih yang ditanam di kebun.


Pokok tenggek burung berumur beberapa bulan.


Pucuknya sudah boleh dituai.


Pokok dewasa yang dipangkas sudah mengeluarkan pucuk muda.


Pokok ini sudah mengeluarkan hasil.


Pokok lebih cepat mengeluarkan pucuk muda selepas dipangkas.


Pokok sedang mengeluarkan pucuk muda.


Pucuk muda yang sesuai dijadikan ulaman.


Daunnya bercabang tiga.


Bunga pokok tenggek burung,


Buah pokok tenggek burung.


Setangkai buah yang akan menghasilkan beratus biji benih.


Buah pokok tenggek burung yang telah matang.
Biji benihnya telah tersebar.


Sepohon tenggek burung dewasa


Pokok-pokok tenggek burung yang hidup subur

  
Terdapat juga di kebun buah-buahan.


Pucuk muda yang sesuai dituai.


Perlukan pencahayaan  penuh.


Pelbagai peringkat pokok tenggek burung.


Hasil yang dijual di pasar tani.
Seringgit seikat.

Ulaman pucuk tenggek burung dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan. Ia dapat mencegah serangan darah tinggi serta melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh-lenguh selepas penat bekerja. 

   Ulaman pucuk tenggek burung juga mempunyai nilai perubatan untuk wanita lepas bersalin dan kaum lelaki juga.

Makanlah ulaman pucuk tenggek burung kerana ianya tidak dicemari oleh racun serangga dan hidup secara organik.

Salam bertani.

2 ulasan: