Rabu, 8 Jun 2016

Ubi Kayu 2 : Ubi Pulut.

Salam bertani.

Salah satu tanaman sayuran kampung yang terdapat di sekeliling rumah WP ialah pokok ubi pulut. Pokok ubi pulut ditanam untuk mendapatkan pucuk mudanya untuk dijadikan sayuran. Pucuk ubi pulut dikatakan sebagai pucuk ubi yang paling sesuai dan enak dijadikan sayuran berbanding pucuk-pucuk ubi kayu yang lain.

   Pucuk ubi pulut paling mudah dijadikan ulaman (perlu direbus dahulu) dan dimakan bersama sambal belacan, sambal kacang, sambal tumis atau kuah pecel dan nasi panas. Ia juga biasanya dijadikan masakan sayur lemak dan dicampur dengan tempe. Bagi masyarakat kami pucuk ubi pulut adalah bahan wajib yang perlu ada untuk membuat pecel, urap dan botok-botok.

Daun ubi pulut agak berbeza dengan daun ubi kayu yang lain. Bentuknya agak tirus dan memanjang dan daun mudanya lebih lembut. Pokok ubi pulut mudah ditanam menggunakan keratan batang sama ada batang perang atau hijau. Buah ubi pulut boleh dimakan tetapi tekstur isinya kurang empuk apabila direbus atau digoreng. Ia ditanam lebih kepada untuk mendapatkan hasil pucuknya daripada buah ubinya. Lagi pun, pokok ubi kayu yang sering dipotong pucuknya akan menyebabkan isi ubinya keras dan ganyut.


Sebahagian daripada pokok ubi pulut yang ditanam.


Pokok ubi pulut yang baru dipangkas selepas dituai pucuknya.


Tanaman ubi pulut di tepi rumah


Pucuk ubi pulut yang sesuai dijadikan ulaman/sayuran.


Daun ubi pulut berbentuk lebih tirus dan berjurai.


Sedia untuk dituai


Pokok ubi pulut yang sering dituai pucuknya.
Pokokny tidak tinggi dan merimbun.


Hidup subur di tepi pagar.


dan di luar pagar


Subur menghijau bersama-sama tanaman lain.


Beberapa pokok ubi pulut.


Pucuk ubi pulut yang sering dituai akan cepat
mengeluarkan pucuk baru.


Hasil yang dikomersialkan.
Seikat RM1.00.

 Kalau terasa hendak memasak pucuk ubi pulut untuk santapan berbuka nanti, tuai saja di sekeliling rumah. Memakan pucuk ubi pulut sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan tidak tercemar dengan bahan kimia. Pucuk ubi juga dikatakan mempunyai khasiat herba yang boleh meredakan beberapa jenis penyakit kepada pengamalnya.

Salam bertani.


3 ulasan:

  1. Blh saya dptkan batang ubi pulut ni.. saya suka mkn pucuk ubi. Blh email kpd saya nazlina7672@gmail.com cara untuk membelinya.

    BalasPadam