Salam bertani
Wak ada tanam beberapa pokok pisang boyan di sekeliling rumah. Kesemua pokok pisang boyan ini sudah berbuah dan ada yang sudah dituai. Ada orang yang memanggil pisang boyan ini sebagai pisang empat puluh hari tetapi ianya bukanlah pisang lemak manis. Pisang lemak manis adalah spesis yang berbeza.
Jom nenguk
Induk pisang boyan sudah berbuah.
Pokoknya perlu disangga untuk mengelakkan tumbang.
Buahnya boleh mencecah 20 kg.
Sudah hampir matang.
Setandan buah pisang boyan yang dituai.
Buah pisang boyan yang sudah masak selepas diperam.
Sesuai dijadikan pencuci mulut,
dibuat cekodok/lempeng atau kek.
Generasi ke-dua sudah mengeluarkan jantung.
Induknya baharu sahaja ditebang.
Anak pokok yang lain bolehlah diubah atau dibuang untuk mengelakkan persaingan.
Salam bertani.