Jumaat, 8 Mac 2019

Tanam Durian Klon

Salam bertani.

Selain pokok durian dewasa, WP ada menanam beberapa pokok durian klon terpilih menggantikan pokok getah balak yang sudah ditebang. Ada yang sudah berbunga dan ada juga yang baru ditanam.
Ada juga anak benih durian yang masih dididik ditapak semaian menantikan masa untuk diubah.


Pokok durian IOI (D168) ini berumur 5 tahun
Sudah 2 kali berbunga.


Anak durian Kim Hong (D198) berumur 4 tahun
Sudah belajar berbunga.


D24 berumur 4 tahun


Pokok durian musang king  (D197) berumur 2 tahun


Pokok durian duri hitam berumur 2 tahun


Durian klon D13 berumur setahun


Musang king/raja kunyit


Duri hitam (D200)


Klon bantal mas/monthong (D159) berumur setahun


Klon Tekka/ musang queen dalam polybag



Klon Kim Hong baru diubah ke tapak penanaman


Klon D99


Klon musang king.

Inilah sebahagian daripada klon-klon durian yang ditanam di dusun WP.  Klon duri hitam, musang king dan kim hong paling banyak ditanam. Selain itu terdapat juga pokok-pokok durian dewasa kebanyakannya durian kampung seperti durian tembaga dan durian jantung.

Salam bertani.

Tanam Jagung Manis Tepi Rumah

Salam bertani

WP ada menanam beberapa batang pokok jagung di tepi rumah untuk suka-suka sebagai terapi fizikal dan mata. Pokok-pokok jagung sudah mula mengeluarkan bunga jantan dan tongkol buah jagung (bunga betina).  Ada yang mengeluarkan satu tongkol, dua tongkol malah tiga tongkol buah jagung sepokok. Ada juga yang mengeluarkan tongkol kecil/mini yang sesuai dijadikan sayuran.

Tongkol jagung boleh dituai selepas dua bulan penanaman pokok jagung. Kita boleh melihat isi jagung sudah penuh dengan membuka sedikit kulit tongkol di bahagian atasnya. Bijirin jagung yang sesuai dituai berwarna kekuningan cair. Satu lagi cara ialah dengan melihat bulu tongkol jagung sudah berwarna perang. Tongkol jagung yang lewat dituai akan menyebabkan bijirinnya menjadi keras dan tidak manis apabila direbus.

Sebaris pokok jagung yang sudah mula mengeluarkan hasil.


Tongkol jagung keluar daripada ketiak daun.
Dua tongkol besar dan satu tongkol mini.


Hidup berjiran dengan pokok bendi.


Tongkol jagung yang hampir boleh dituai.
Bulu tongkol akan berubah warna perang


Tongkol muda
Dua besar dan dua kecil/mini.


Bunga jantan mekar di pucuk pokok jagung


Bulu tongkol muda.
Pada masa ini belum ada bijirin jagung lagi.


Setongkol jagung


Pohon jagung yang kecil hanya mengeluarkan
satu tongkol jagung sahaja.

Walau pun usia pokok jagung sama, tetapi tidak mengeluarkan buah serentak. Pokok jagung yang lebih besar dan subur lebih cepat mengeluarkan hasil.

Salam bertani.

Isnin, 4 Mac 2019

Belimbing Madu Bermusim Lagi

Salam bertani

Sepohon belimbing madu di kebun WP sedang sarat berbuah. Buahnya masih muda dan perlu dibuat penjarangan serta dibungkus. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti, buah belimbing madu perlu dibalut menggunakan kertas surat khabar atau plastik untuk mengelakkan serangan lalat buah. Sebahagian buah yang bersaiz kecil, bentuk yang tidak sekata atau terlalu rapat dalam satu tangkai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingan.



Buah belimbing madu yang masih muda.
Perlu dibalut dan dibuat penjarangan untuk daptkan buah
matang yang berkualiti.


Inilah sepohon belimbing madu yang sedang sarat berbuah. 

Gambar-gambar buah belimbing madu.










Buah belimbing banyak khasiatnya dan sesuai dijadikan pencuci mulut sebelum/selepas makan. Ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan zat penting untuk kesihatah tubuh dan mampu memberi manfaat kecantikan dan kesihatan serta sesuai dijadikan makanan diet.

Salam bertani.

MB 76 : Kembar

Salam bertani


Salam bertani.

Khamis, 28 Februari 2019

Pokok Pulasan Mula Berbunga

Salam bertani

Pokok pulasan merupakan salah satu jenis buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga selain pokok kuini dan pokok durian. Walau bagaimana pun buah pulasan lambat matang berbanding buah-buahan lain kerana tempoh kematangannya yang lebih panjang. Musim panas dan kering yang berpanjangan sangat sesuai untuk pembentukan mata bunga bagi pokok-pokok buah-buahan bermusim.

Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP sudah mula berbunga dan akan berputik tidak lama  lagi. Bunganya harum semerbak meberi aroma ke seluruh kawasan dusun.



Sekuntum bunga pulasan sedang mekar


 Gambar-gambar yang sempat dirakam menunjukkan sebahagian pokok-pokok pulasan yang sedang lebat berbunga.






Pokok pulasan ini tidak berbunga kerana baharu dicantas


Gambar buah pulasan matang (musim yang lepas)

Salam bertani.