Selasa, 6 Februari 2018

Si Bubu Dalam Kenangan

Salam bertani.

Si Bubu, salah seekor anak Olie kena langgar kenderaan di hadapan rumah semalam.
Jasadnya WP jumpai terbujur di tepi jalan pada sebelah petangnya. Petang semalam selepas pulang dari bekerja, pn isteri memberitahu Si Bubu tak balik makan tengah hari. Selepas puas dicari, hanya jasadnya yang sudah tidak bernyawa dijumpai.


Hanya tinggal kenangan.
Wajah Bubu yang hensem semasa berusia dua bulan.


Jasadnya yang terbujur kaku tidak bernyawa.


Bubu disemadikan di tepi rumah.


Di sini Bubu berehat untuk selamanya.


Kenangan Cucu Ramadhan.
Si Bubu dan adik beradiknya dilahirkan pada 01 Ramadan yang lalu.


Bubu (belakang) bersama-sama adiknya Lulu.


Nak makan ea Bubu 


Merenung masa depannya.
Rupanya usianya tak panjang


Bye2 Bubu


Bubu sedang bermain.



Dua gambar terakhir Bubu pada 16.11.2017 
sebelum jasadnya kaku pada (05.02.2018).
Usia Bubu hanya setakat lapan bulan sahaja.

Si Bubu dalam kenangan.
Salam bertani.

Isnin, 29 Januari 2018

MB 33 : Tuai Pisang

Salam bertani

Tuai pisang untuk jualan di paskam.


2 tandan pisang tanduk


Pisang awak.


Pisang awak sebelum dituai.
Sebahagiannya sudah matang di pokok.


Pisang nangka


Pisang jari buaya


Pisang kapas.
Salam bertani.

Ahad, 28 Januari 2018

Musim Buah Terakhir

Salam bertani.

Musim buah-buahan di kebun WP sudah hampir berakhir. Pokok terakhir yang mengeluarkan hasil ialah pokok duku terengganu. Pokok duku JDT dan pokok dokong langsung tidak berbuah. Begitu juga dengan pokok rambai yang biasanya mendapat kedudukan terakhir pun tidak berbuah.

Sepohon duku terengganu di belakang rumah sedang berbuah lebat. Sebahagian daripada buahnya sudah dituai untuk santapan keluarga. Inilah hasil buah duku terengganu yang dimaksudkan.











Salam bertani.

Khamis, 25 Januari 2018

Koleksi Bekal 3

Salam bertani

Inilah koleksi bekal WP sepanjanga dua minggu yang lepas. Terima kasih kepada Pn Is3 yang sentiasa bangun awal untuk menyediakan juadah sarapan dan bekal setiap hari WP bekerja.
Makan seorang sahaja pun berselera sebab Pn Is3 yang masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.


Nasi dengan sotong sambal + ikan bawal emas
dan tumis air kobis



Telur sotong



Nasi dengan ayam goreng + ikan gelama masak taucu
dan sambal goreng jawa. 


Nasi dengan ikan ayam masak lemak cili padi + daging itik grill 
dan sayur campur goreng.



Nasi dengan pipi lembu masak kari campur sayur kacang
dan sotong goreng.


Nasi dengan masak ungkep kaki/leher ayam  dan
 tauge hijau goreng.


Nasi dengan ayam goreng + daging lembu grill +
daging lembu grill masak lemak cili api
 dan sayur campur goreng basah.



Nasi dengan ikan patin sungai goreng dan
sayur peria katak goreng telur.



Nasi dengan ikan kembung goreng dan
sayur labu + kacang panjang masak lemak dan sambal.


Nasi dengan ikan ayam goreng , ikan kering bulu ayam,
sambal ikan bilis dan sayur labu air tumis air.


Jemputlah makan.
Salam bertani.


Rabu, 24 Januari 2018

WW 69 : Bunga Jalanan

Salam Bertani.

Bunga-bunga rumputan jalanan yang sempat menyapa kaki WP sewaktu perjalanan ke tempat kerja pada suatu pagi. Maaf kerana sering tidak dihiraukan walau pun ada keindahan yang tersendiri.


















Hargailah keindahan ciptaan tuhan.
Salam bertani.