Isnin, 17 April 2017

Cucu April 2

Salam bertani

Beberapa ekor ibu ayam kampung yang mengeram telah menetaskan anak-anaknya serentak.
WP gunakan dua ekor ibu tumpang untuk mendidik anak-anak ayam tersebut sehingga berumur sebulan. Selepas sebulan, anak-anak ayam tersebut akan diasingkan daripada ibu tumpangnya dan akan hidup berdikari.











Salam bertani.

Selasa, 11 April 2017

Tanam Ubi Kayu Keliling Rumah.

Salam bertani.

WP ada menanam beberapa jenis ubi kayu di sekeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya untuk jualan. Pokok ubi kayu perlu ditanam dekat dengan rumah agar terjamin keselamatannya daripada serangan haiwan perosak seperti babi hutan, landak atau pun monyet. Perosak kepala hitam (manusia) juga kadang-kadang berminat untuk menuai tanpa izin tanaman ini sekiranya ditanam jauh dari rumah.

Hasil tanaman ubi kayu adalah  umbisi dan pucuknya. Umbisi ubi kayu enak digoreng tanpa tepung atau berempah, direbus, dibuat ubi getuk, pengat ubi, tapai ubi, bingka ubi atau dibuat kerepek ubi dan lain-lain lagi. Manakala pucuk ubi kayu boleh dijadikan sayuran masak lemak, ditumis, dibuat ramuan botok-botok atau dicelur untuk dijadikan ulaman dimakan bersama sambal kacang.



Sebaris pokok ubi kayu yang hidup subur di tepi rumah.


Sebaris pokok ubi merah (ubi kapuk),
 berjiran dengan tanaman pucuk manis.


Pokok ubi medan di tepi pagar


Pokok ubi pulut di depan rumah ditanam
bersama tanaman hiasan lain.


Pokok ubi pulut di tepi pagar


Pokok ubi pulut berjiran dengan pokok terung telunjuk
dan pegaga serta tanaman lain.


Pokok ubi kuning berjiran dengan pokok pucuk manis.


Umbisi ubi kuning


Isi ubi kuning. 


Isi ubi kuning enak digoreng kerana tidak berkayu dan
mempunyai tekstur yang lembut.



Umbisi ubi merah (ubi kapuk)


Isi ubi kapuk besar dan sedikit berkayu.


Isi ubi kapuk


Ubi kapuk goreng.


Umbisi ubi medan (asal Indonesia)


Ubi medan rebus enak dimakan bersama sambal tumis bilis.


Pengat ubi + pisang nipah + nangka merah.


Bingka ubi.


Tapai ubi



Pucuk ubi pulut untuk dipasarkan di Paskam.
Seikat seringgit.



Pucuk ubi pulut paling enak dijadikan sayuran atau ulaman
berbanding dengan pucuk ubi lain.

Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Salam bertani.

Sabtu, 8 April 2017

Pasar Kampung

Salam Bertani

Pagi ini (Sabtu), WP berjualan  hasil pertanian di Pasar Kampung (Paskam) di pekan terdekat.
Waktu perniagaan adalah daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah, kesemua jualan habis dipasarkan.


Kelapa besar


Pisang tanduk dan pisang jari buaya.


Telur itik masin


Tempoyak


Pucuk tenggek burung


Daun kesum


Pucuk manis


Pucuk keledek sayur


Kangkung kampung


Pegaga


Pucuk belinjau


Pucuk ubi pulut


Pisang jari buaya


Ulam raja


Buah bendi


Buah terung unggu


Serai


Bunga kantan


Terung telunjuk



Rebung buluh madu segar


pucuk paku merah


pucuk paku


Pucuk selom



Pucuk remayung.

Salam bertani.