Rabu, 13 Januari 2016

Pokok Tenggek Burung

Salam bertani.

Pokok tenggek burung (dikenali juga sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik) merupakan salah satu tanaman yang terdapat di kebun "Warisan Petani". Pokok tenggek burung pada asalnya adalah pokok liar yang tumbuh di kebun getah tua. Apabila kebanyakan pokok getah mati akibat serangan cendawan akar, pokok tenggek burung mengambil alih memenuhi kawasan tersebut.

   Pokok ini hanya perlu sekali sekala dibaja untuk mengekalkan kesuburannya. Ia senang membiak melalui biji benih dan ada juga yang tumbuh melalui akarnya. Selain mengambil pucuknya sebagai ulaman, pokok ini perlu dipangkas supaya tidak terlalu tinggi. Jika dibiarkan pokok tenggek burung boleh menjadi besar dan tinggi dan menyukarkan kita untuk menuai pucuknya. Pokok yang selalu dituai atau dipangkas lebih kerap mengeluarkan pucuk muda.

    Pucuk tenggek burung biasanya dijadikan ulaman bersama sambal belacan dan dimakan dengan nasi. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi ulam dan nasi kerabu. Rasanya lemak dan sedikit kelat.


Anak benih pokok tenggek burung berumur sebulan.


Anak benih pokok tenggek burung dalam polybag.


Anak benih pokok tenggek burung yang tumbuh
melalui akar pokok dewasa.


Anak benih yang ditanam di kebun.


Pokok tenggek burung berumur beberapa bulan.


Pucuknya sudah boleh dituai.


Pokok dewasa yang dipangkas sudah mengeluarkan pucuk muda.


Pokok ini sudah mengeluarkan hasil.


Pokok lebih cepat mengeluarkan pucuk muda selepas dipangkas.


Pokok sedang mengeluarkan pucuk muda.


Pucuk muda yang sesuai dijadikan ulaman.


Daunnya bercabang tiga.


Bunga pokok tenggek burung,


Buah pokok tenggek burung.


Setangkai buah yang akan menghasilkan beratus biji benih.


Buah pokok tenggek burung yang telah matang.
Biji benihnya telah tersebar.


Sepohon tenggek burung dewasa


Pokok-pokok tenggek burung yang hidup subur

  
Terdapat juga di kebun buah-buahan.


Pucuk muda yang sesuai dituai.


Perlukan pencahayaan  penuh.


Pelbagai peringkat pokok tenggek burung.


Hasil yang dijual di pasar tani.
Seringgit seikat.

Ulaman pucuk tenggek burung dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan. Ia dapat mencegah serangan darah tinggi serta melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh-lenguh selepas penat bekerja. 

   Ulaman pucuk tenggek burung juga mempunyai nilai perubatan untuk wanita lepas bersalin dan kaum lelaki juga.

Makanlah ulaman pucuk tenggek burung kerana ianya tidak dicemari oleh racun serangga dan hidup secara organik.

Salam bertani.

Isnin, 11 Januari 2016

Serangga Perosak Tanaman

Salam bertani.

Serangga perosak tanaman merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan tanaman yang kita tanam sama ada memakan daun, mengorek batang atau buah, menghisap cairan tanaman dan sebagainya. Serangga perosak tanaman ini mestilah dikawal dan dihapuskan secara semulajadi atau pun mekanikal.

  Terdapat beberapa spesis serangga perosak tanaman yang sempat disnap di kebun "Warisan Petani" pada hari ini. Walau bagaimanapun ada juga serangga yang berguna kepada tanaman.


Pianggang di daun semangkuk


 Sejenis kumbang di daun nangka.


 Melekat pada plastik balutan buah nangka


Kumbang kura-kura di daun meranti


Kumbang pengorek kelapa


Ulat di daun durian belanda.



Ulat di daun durian


Ulat di daun limau purut


Ulat di daun limau sunkist


Ulat gulung di daun kunyit


Belalang kunyit


Belalang kunyit memakan daun semangkuk


Belalang hijau di daun kangkung


Siput memakan sayuran lembut


Lintah bulan


Serangga penghisap


Serangga penghisap di daun terung telunjuk


Sejenis pianggang


Benah putih melekat pada daun dan batang cempedak


Benah putih menghisap cairan daun



Benah putih di daun durian.


Pepatung (bukan perosak tanaman)


Mentadak mentadu (bukan Perosak tanaman)


anak mentadak mentadu.

Salam bertani.

Jumaat, 8 Januari 2016

Pasar Tani

Salam bertani.

Setiap hari minggu, hasil-hasil pertanian dari kebun "Warisan Petani" akan dihantar ke pasar tani di pekan  berdekatan untuk dipasarkan. Hasil-hasil kebun biasanya  dituai pada hari tersebut dan terus dipasarkan untuk mengekalkan kesegarannya. Kebanyakan hasil yang dipasarkan adalah tanaman sayuran kampung dan pisang. Sekiranya musim buah-buahan, hasil dusun juga dipasarkan di sini.



     Isi nangka madu.


Bunga kantan


Serai


Isi nangka muda.


kelapa biji


Tempe

Buah ubi badak


Ubi kayu


ubi keledek 


Ubi keladi mawar


Buah jagung madu


Tempoyak


Rebung buluh betung


Batang keladi


Belimbing buluh


Kacang botor


Terung telunjuk


Pegaga


Pucuk belinjau


Pucuk ubi pulut


Pucuk cekur manis


Pucuk ulam raja


kangkung kampung


Pucuk keledek sayur


Daun dan bunga kunyit


pucuk tenggek burung


Pucuk semangkuk


pucuk turi


Sawi bunga


Serai kayu


Jantung pisang


Pisang sayur (jari buaya)


Pisang 40 hari


Pisang kapas


Pisang nipah


Pisang tanduk


Pisang lemak manis


Pisang rastali


Pisang nangka


Pisang berangan.

Perniagaan hasil pertanian di pasar tani hanyalah aktiviti sambilan yang dijalankan seminggu sekali.
Hasil titik peluh sendiri yang dipasarkan terus kepada pelanggan yang berminat. Kebanyakan pelanggan yang membeli hasil kebun "Warisan Petani" biasanya adalah pelanggan tetap yang berminat dengan sayuran-sayuran kampung, ulam-ulaman, pisang dan buah-buahan bermusim.

Salam bertani.