Salam bertani
Rabu, 22 Mei 2024
WW 561 : Kerja Pomen Tayar Aje
Isnin, 20 Mei 2024
Pohon Manggis Pun Berbuah Juga
Salam bertani
Pokok-pokok manggis di dusun WP berputik dua kali pada musim kali ini. Maknanya akan ada dua kali musim buah manggis nanti. Sini wak tunjukkan
Khamis, 16 Mei 2024
Tanam Pokok Limau Bali Taiwan di Pusara Oyen dan Bubu
Salam bertani
Pusara Oyen dan Bubu wak buat bersebelahan sebab mereka mati selang sebulan lebih sahaja. Baru-baru ni wak tanam sepohon limau bali taiwan di atas pusara mereka sebagai tanda dan ingatan wak kepada mereka berdua.
Selasa, 14 Mei 2024
Pokok Cempedak Sudah Berputik
Salam bertani
Kali ini wak nak tunjuk beberapa pokok cempedak di dusun WP yang sedang berputik. Ada pokok yang sudah beberapa minggu berputik dan ada juga yang baru nak keluar putiknya. Nampaknya musim buah akan datang agak panjang kerana kebanyakkan pokok buah-buahan mengeluarkan bunga/putik berperingkat-peringkat. Ada lebih sepuluh pokok semuanya berbuah.
Jumaat, 10 Mei 2024
Ikan Kucing
Salam bertani
Kucing-kucing wak makan ikan rebus yang dicampurkan dengan makanan kucing. Biasanya wak gunakan ikan tongkol sebab banyak isi dan kurang tulangnya.
Isnin, 6 Mei 2024
Pokok Rambutan Sudah Berbunga
Salam bertani
Kebanyakan pokok buah-buahan di dusun WP sedang berbunga dan berputik. Wak nak tunjuk beberapa pokok rambutan dewasa yang sedang berbunga dan berputik. Musim buah rambutan nanti ada dua fasalah.
Saalam bertani
Jumaat, 3 Mei 2024
Sepetang di Benteng Ragut
Salam bertani
Kebetulan pada petang tadi wak ke benteng sungai bawa hp. Dapatlah wak jepret beberapa gambar pemandangan benteng ragut tempat wak memelihara lembu tu. Jom layan


















































