Salam bertani
Wak nak tunjuk sepohon cemperian (cempedak durian) yang wak tanam di belakang rumah sudah dua kali berbuah. Kali ini buahnya agak lebat tetapi saiz buahnya agak kecil sebab wak terlupa nak bagi baja buah. Buahnya sudah beberapa biji wak tuai kerana sudah matang di pohon.
Pokok cemperian bukanlah hasil kacukan daripada cempedak dan durian, tetapi ia adalah sejenis cempedak juga. Cuma saiz buahya yang kecil, agak bulat dan berduri tajam seperti durian sebab itu dipanggil cempedak durian. Jom tenguk
Isi buah cemperian.
Ulas isinya besar seperti durian
Pohonnya masih kecil tetapi buahnya agak lebat
Buahnya rendah boleh dicapai tangan
Kebanyakan buahnya berbentuk bulat seperti durian
Buah di dahan yang lain
Buah yang besar tu dah boleh dituai
Tanda buah sudah matang dan sesuai dituai ialah
tangkai buahnya bertukar berwarna perang.
Tangkai yang berwarna hijau buahnya masih muda.
Tuaian buah yang sudah masak
Berbau wangi dan kulitnya lembut apabila dipicit.
Walau pun buahnya kecil tetapi berisi penuh dan padat.
Salam bertani