Ahad, 6 Ogos 2023

Buah Durian Tangkai Panjang

 Pokok durian di belakang rumah wak ni dah berumur lebih 40 tahun. Arwah bapa wak yang tanam. Kali ini berbuah sangat lebat walau pun di luar musim. Alhamdulillah, baru sahaja menamatkan musim luruhnya seminggu yang lepas.  Wak ada rakam beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Luruhan sulung 6 biji


Pokoknya sudah tinggi menjulang awan


Salah satu dahan hampir rebah menanggung beban


Zoom 10X


Luruhan sepagian


Tangkainya lebih panjang berbanding durian biasa


Belanja gambar aje


Berkeriput


Seindah rupa secukup rasa 

Salam bertani,

29 ulasan:

  1. Panjang usia durian warisan ini ya Wak. Mudah-mudahan panjanglah juga berkah buat penanamnya yang jauh di alam sana. In syaa Allah.

    BalasPadam
  2. wahh.. panjang tangkai dia tu, belakang umah cikla ni ada juga sepokok arwah pak mertua yg tanam. baru ni berbuah 2 bji jer. mungkin sebab baru dipangkas dahannya. merajuk agakya.

    BalasPadam
  3. Macam-macam jenis durian di kebun Wak, bestnya 🤩

    BalasPadam
  4. waaahhhhhhh bestnya! di kebun ayah di kampung ada juga tanam 4-5 pokok durian & usia mungkin sudah lebih 30 tahun tp blm pernah berbuah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ... rezeki WP ... 👍

    BalasPadam
  6. Boleh makan lagi durian puas-puas walaupun luar musim.

    BalasPadam
  7. terliur la plakkkk wpun MZ bukan suka sgt durian tp boleh jer mkn seulas dua esp time craving hehhehe

    BalasPadam
  8. durian berbuah luar musim mmg jadi rebutan tambah terjamin kualitinya terbaik

    BalasPadam
  9. wah. hasil durian memang terbaik. semoga rezeki WP melimpah ruah.
    amin.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.... rezeki wak.... terliur saya wak

    BalasPadam
  11. tinggi sekali pohon duriannya
    jadi ingin makan durian saya

    BalasPadam
  12. Subhanallah. Tangkainya unik. Daging buahnya mantap. 👍 kirim bijinya ke sini, Wak. Untuk ditanam.

    BalasPadam
  13. wak bila nak buat open kebun?hehehe

    BalasPadam
  14. wahhh berkendurian...puas hati tgk isi dia tu...

    BalasPadam
  15. Meriahnya Wak buah durian ni. Rezeki ni.

    BalasPadam
  16. Marem tu WP kalau dapat buah banyak camtu!

    BalasPadam
  17. Woaahh.. First time tengok tangkai panjang. Aduss terasa sedap durian di tekak ni Wak.

    BalasPadam
  18. Panjang tangkainya, lebat sungguh buahnya.
    Isinya pun nampak menggoda tu Wak.

    BalasPadam
  19. Menjadi buahnya wak... makin berusia makin menjadi nmpknya ni

    BalasPadam
  20. Masih banyak hasilnya ye wak...rezeki

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah....
    Tak dapat jamu tekak...dapat jamu mata kat sini...Durian oh durian

    BalasPadam
  22. Canti betul rupa isi durian tu. Pandai Wak jaga.

    BalasPadam
  23. Beruntung wak masih ada rezeki berbuah tu. Walaupun nampak kecil tapi isinya lumayan. Unik pula bertangkai panjang.

    BalasPadam
  24. bestnyaa durian menjadi.. thn ni tak dpt nk merasa buah durian di kebun atok sbb musim hujan

    BalasPadam
  25. Ye laa pestime nengok tangkai panjang... ada lain rasa ye Wak.. sedapnyaaaa

    BalasPadam
  26. Cantik isinya.. panjang betul tangkai dia..

    BalasPadam