Khamis, 12 November 2026

Pelam Pauh

 Salam bertani

Wak ada menanam sepokok pelam pauh daripada biji benih di tepi pintu pagar rumah. Pokoknya hanya sebesar lengan orang dewasa dan baharu berbuah buat pertama kalinya. Alhamdulillah buahnya sangat lebat, puas kami merasainya. Pn is3 wak setiap hari buat sambal buah pelam muda. Wak cuma makan buah yang masak sahaja. Jom nenguk


Buah pelam pauh yang sudah matang.
Buahnya bersaiz kecil,
 rasanya seakan-akan buah asam kundang.


Inilah perdu pokok pelam pauh di tepi tangga rumah wak.


Buahnya berjuntaian hampir mencecah tanah.


Lebih 20 biji setangkai.


Buah muda sedap dibuat sambal.


Laluan tangga no entry


Hampir matang.


Buah pelam pauh matang jadi pemandangan indah
di tepi tumah.

Salam bertani.

2 ulasan:

  1. Buat mangga asam boi dengan cili api sedap ni...

    BalasPadam
  2. Uish syok ni. Tgh musim mangga/pelam ek. Nanti nak beli la mangga buat jus haha

    BalasPadam