Isnin, 19 Oktober 2026

Buat Jalan Kebun Sawit

 Salam bertani

Pokok kelapa sawit yang wak tanam beberapa tahun lepas sudah mula mengeluarkan hasil yang boleh dituai. Jadi wak kenalah buat jalan di kebun sawit tersebut supaya lori angkut buah sawit boleh masuk kebun. Wak upahkan orang kampung yang ada jentera backhoe dan traktor buat jalan tersebut. Alhamdulillah,  dalam beberapa hari jalan dah siap.


Kelihatan sebuah tractor sedang meratakan tanah


Jalan dibuat di tengah-tengah kebun


Jalan kebun sawit dah siap


Jalan untuk kegunaan lori  mengangkut buah sawit


Pokok kelapa sawit perlu dipotong pelepah sebelum 
buahnya boleh dituai.


   Salam bertani                                                                                                                                                           



30 ulasan:

  1. alhamdulillah dah ada jalan dalam kebun

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah mengeluarkan hasil.
    Jalan pun dah siap, tunggu petik RM la Wak hehe

    BalasPadam
  3. Subahanallah, wak, nampak dah mulai keluarkan hasil..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, mudah dah Wak nak jalan dalam kebun sawit lepas ni.

    BalasPadam
  5. Alhandulillah dh mendatangkan hasil...

    BalasPadam
  6. Lumayan ni sb, skrg sawit mahal berbanding getah kan
    Alhamdulillah Allah bg rezeki hanya perlu usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tanam sawit ni menggantikan pokok getah tua yang sudah tidak ditoreh

      Padam
  7. alhamdulillah dah selesai satu kerja, semoga kerja menuai hasil sawit nanti dipermudahkan juga. take care wak

    BalasPadam
  8. Kagum dengan Wak, macam2 jenis kebun dan ladang Wak ada ye.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dah mengeluarkan hasil.

    BalasPadam
  10. Tiba masa sawit pulak beri pulangan. Nampak luas kebun sawit wak.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah! Seronok tengok perkembangan tanaman Wak.
    Bagus jugak Wak selalu kongsikan hal berkaitan pertanian, dapat saya belajar sesuatu.

    BalasPadam
  12. Haa lepas ni dah senang nak masuk kebun, jalan dah elok..

    BalasPadam
  13. alhamdulillah dah boleh menuai hasil jalan masuk kebun pun elok

    BalasPadam
  14. letih la wak, sy nak tengok kelapa sawit. hahaaaa, daripada kecik sampai sudah bernikah asyiklah dgn persekitaran kelapa sawit. tapi kebun sawit ni best, sejuk.

    BalasPadam
  15. Manen sawit ye wak... kira buah pertama la ye wak

    BalasPadam
  16. uwaaaah banyaknya jenis2 tanaman di kebun wak yaaa ^o^,, sampai sawit pun ada ..

    BalasPadam
  17. Seronok nya tengok kebun2 Wak. Buatlah homestay dalam kebun.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. semoga bertambah murah rezeki wak sekeluarga dengan kepelbagaian hasil tani.. aamiin

    BalasPadam
  19. Jalan sawit cam ni musuh dia hujan kan?

    BalasPadam
  20. wahhh dh boleh menuai hasil tu. jd OKB lah wak lps ni!

    BalasPadam
  21. Eh...memang rendah gitu pokoknya dah ada hasilnya ya Wak? Saya ingatkan bila pokok dah tinggi baru ada hasilnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok sawit dalah umur dua tahun dah keluarkan buah

      Padam
  22. best ladang sawit mcam ni.. kalau ada anak sungai yang bersih lagi best boleh buat campsite

    BalasPadam
  23. Wah udah boleh angkut hasil ni wak. Bersih kebun wak

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah.. Dah boleh mula mengutip hasilnya..

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah. Berbakti pada tanah pasti ada hasilnya. Tolong bagi alamat saya nak datang tolong. Sesungguhnya saya hanya mampu tengok je lah. he he he

    BalasPadam