Salam bertani
Budak janthan tak guna si Otto kesayangan pn is3 wak sudah tiada. Sudah lebih seminggu si Otto hilang tak balik ke rumah. Walau pun si Otto ni kucing kampung, tetapi dia tiada kawasan rayauan dan jarang berjalan jauh daripada rumah. Nak dijadikan cerita, suatu pagi tu si Otto keluar pagar rumah, dan tak kembali seperti biasa untuk makan tengah hari. Sehinggalah hari ini si Otto tidak pulang-pulang walau pun sudah puas kami mencarinya. Kemungkinan ia diambil orang, atau kemalangan atau dibaham binatang liar. Kami pasrah dan menganggap si Otto Onchet sudah tiada lagi.
Wak terbitkan entri ini untuk rujukan gambar-gambar Otto daripada mula ia datang sehinggalah ketiadaannya sebagai kenangan menunjukkan ia pernah hidup bahagia bersama-sama kami.











Ya Allah, dada rasa nak pecah. Hanya mereka yg pernah memiliki kucing jer yg faham rasa kehilangan lebih² lagi bila hilang tak balik macam ni, Wak. Semoga isteri Wak tabah.
BalasPadamSedihnya baca entri ni... Hanya mereka yang pernah bela dan sayang kucing je tahu betapa luluh dan peritnya rasa hati bila si bulus kesayangan hilang tanpa khabar macam ni. Semoga Wak dan isteri tabah hadapi kehilangan Otto. Sekurang-kurangnya semua gambar dalam entri ni jadi bukti kenangan indah yang Otto pernah hidup bahagia dan disayangi sepenuhnya oleh Wak sekeluarga
BalasPadamMoga tabah buat semua terutama isteri Wak. Otto akan sentiasa dikenang.
BalasPadamsedihnya wak....harap2 Otto akan balik nanti,risau ada yang kurung dia
BalasPadamAllah..Sedihnya...
BalasPadamotto, disana nanti sebutlah segala kebaikan yang wak dan isterinya dah buat pada kamu ye
BalasPadamMaksudnya dia tak tentu dah mati lah kan wak? mana lah tahu kot-kot nanti dia balik. Sedih la pulak, otta jantan tak guna pemikat hati puan isteri lari dari rumah.
BalasPadamAllahuAkbar…sedihnya terasa sampai sini Wak 😭
BalasPadamKalau masih hidup, moga Otto segera kembali.
Moga Wak dan isteri tabah ya walau memang tak mudah.
sedihnyaaaaa....handsomenya otto...muka dan coraknya sangat rare
BalasPadamotto berjalan jauh tu moga selamat perjalanannya n ingat jalan pulang ke rumah..biasanya kucing ingat rumah tuannya
BalasPadamMoga otto pulang ke pangkuan wak dan Isteri...
BalasPadamSedihnya :(
BalasPadamSemoga Otto kembali ke pangkuan Wak 🤲🏻
Semoga otto selamat & kembali ke rumah wak.
BalasPadamOtto yang pasti akan sentiasa dirindui...
BalasPadam😭Allahuakbar
BalasPadamKehilangan yg tiba tiba yg tidak tahu punca kadang2 buat kita sedihh sgt penah dulu hilang si tiger tiba tibaa …
Buat kita tertanya tanya mSih ada atau sudah tiada. Sentiasa menanti kepulangannya
Bykk jga kehilangan mcm ni berlaku pd kucing2 ciknur
Keluar dan tak kembali
Dlm hati tetap mengharap dpt bertemu kan dan nk sedapkan hati sendiri tu fikir tentu ada yg menjaganya skrg dgn sgttt baik
Allah pinjamkan sekejap dan Allah mengambilnya semula……
Otto tu, ke mana lah dia kan? Gebu bersih, cantik bila berkaca mata..
BalasPadamAlaaa OTTO manalah ko pergi Otto oiii..
BalasPadamKot ye pun keluar, baliklah rumah, sian Wak...
Moga yang baik2 saja untuk OTTO wak.
BalasPadamYaAllah sedihnya bila kehilangan kesayangan camni tak tau hidup ke mati. Rasa bersalah kalu masih hidup tapi tak semewah mcm dgn kita
BalasPadamSaya sediiih kalau baca kucing hilang atau mati 😭😭😭. Teringat kucing sendiri. Dan membayangkan bagaimana lah mereka di luar sana. Dah terbiasa makan disediakan 😭. Tp masih ada harapan kalau Otto bisa pulang nantinya... Semoga ya Wak.
BalasPadamKami pun pernah lalui detik kehilangan macam ni. dua tiga ekor juga kucing kami hilang. keluar dari rumah terus tak balik-balik. Mungkin kena makan dek binatang buas (anjing). Sekarang kami kurung dalam sangkar.
BalasPadamKucing kakak saya, pernah hilang seminggu, dan kakak saya berjaya jumpa. Hari-hari dia pergi berjalan cari Tiger. Dari gemuk gedempol jadi kurus kering. Jika masih hidup, harap Wak dapat jumpa kembali Otto. Saya tumpang sedih, Wak.
BalasPadamSedihnya bila baca entri nie, semoga Otto balik dengan selamat jika masih hidup, sebab kebiasaan kucing jantan akan merantau sekejap untk cari betina kecuali kalau Wak dah kasikan dia.. Insha Allah, mungkin dia akan balik semula...
BalasPadamHi wak. Maaf wak, lama saya tak singgah sini. Lama menyepi. Terima kasih wak masih sudi singgah blog saya.
BalasPadamSedihnya otto dah takde. Macam kucing saya wak, dia hilang lepas tu tak muncul² dah. Sebelum hilang tu memang elok sihat gebu. Kalau ada orang ambil, takpelah janji dia selamat. Kalau sebaliknya, dia dah ada. Kita reda. Tapi kalau Otto sesat, harapnya jumpalah jalan pulang.
bergenang pulak saya baca entry wak kalini... resah memikirkan manalah otto pergi? makan apa dia harini? hidup lagi ke? semoga ada harapan, otto pulang semula ke rumah..
BalasPadamI feel you... T_T
BalasPadamKlik lagi blog wak, adakah otto dah kembali ya?
BalasPadamSehingga hari ini (08 Julai), Otto masih tidak kembali dan wak menganggap Otto sudah tiada lagi di dunia ini. Cuma sangat wak kesalkan kerana tidak mengetahui sama ada Otto masih hidup atau sudah mati kerana bangkainya pun tidak ditemui. Sekiranya Otto kemalangan atau dibaham binatang liar pasti jasadnya ada di sekitar kawasan rumah wak kerana Otto tak pernah merayap jauh. Sekiranya ada yang mengambil Otto, wak harap dapat menjaganya dengan sebaik mungkin. Otto datang tidak diundang dan hilangnya tidak dapat dikesan.
BalasPadamOtto ni kucing feveret saya di laman warisan petani 😭
BalasPadamKubur tak bertanda adalah kehilangan yang menyakitkan bagi yang melaluinya...jika masih ada hayat semoga Otto kembali kepangkuan wak dan pn is3
BalasPadamHarapnya Otto kembali dengan selamat..
BalasPadamcute sgt otto ni
BalasPadam