Ahad, 1 Mac 2026

Anak Ayam Dah Menetas

 Salam bertani

Wak ada eramkan beberapa biji telur ayam kampung menggunakan mesin pengeraman. Selepas 21 hari, sebahagian telur ayam tersebut telah menetas. Jom nenguk


Bermula hari ke 21 pengeraman, telur-telur ayam mula menetas.




Anak-anak ayam yang menetas diasuh di rumah didik
selama dua minggu.
Diberi makan dedak pemula dan
 dibekalkan haba mentol 25W.
Salam bertani.

37 ulasan:

  1. MOga membesar dengan jayanya semua tu wak

    BalasPadam
  2. mahal ni ayam2 kg ni beli dh besar dan boleh dijual

    BalasPadam
  3. Suka tengok anak ayam, comel. Semoga sihat semuanya tu

    BalasPadam
  4. Comey anak2 ayam ni. trigt masa kecik dulu. Cukup suka dgn anak ayam & cukup takut dgn mak ayam. Pernah la kena kejar dgn mak ayam ni sebab sy pegi curi seekor anak dia utk dibuat main. =D

    BalasPadam
  5. omeynya anak2 ayam makan cukup sat ja besar

    BalasPadam
  6. Seronok tengok anak2 ayam..berjaya ya wak..tahniah

    BalasPadam
  7. masa kecik2 dulu, kat kpg, mak ayam akan mengeram didalam bakul yg dilapik dgn jerami padi, bawah rumah, kdg2 telur tu menjadi ayam tapi most of the time telur tu masuk kuali 🤣
    sekrg zaman dh canggih, mak ayam takyah susah2 duk duduk mengeram lagi, mesin ambil alih tugas. salam bertani wak

    BalasPadam
  8. Semoga membesar dan menjadi ayam dewasa..nanti boleh buat gulai ayam...kan wak...hehehe

    BalasPadam
  9. Ooo...kalau guna mesin pun sama juga 21 macam dieram induknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama, selepas telur dieram 21 hari baharulah menetas

      Padam
  10. Comelnya anak-anak ayam tu.. Kenapa ada nombor pada telur-telur ayam tu Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nombor tu adalah tarikah warded ke dalam mesin pengeraman tu. 1 tu maksudnya 1hb feb yang lalu.
      Jadinya 21hb feb mulalah menetas.

      Padam
    2. Owh.. macam tu.. tq wak terangkan..

      Padam
  11. Baka ayam kampung penelur atau daging ni wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baka ayam kampung untuk telur.
      yang putih tu baka white leghorn
      yang berwarna tu baka ayam arab

      Padam
  12. Nak berhenti kerja. Nak bela ayam. Tolongggg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong jangan berhenti kerja
      Bela ayam tak menjanjikan pendapatan lumayan.
      Aktiviti tambahan sebagai hobi bolehlah.

      Padam
  13. Pertama kali saya tengok mesin tu :)

    BalasPadam
  14. Comelnya anak ayam kampung. Semoga membesar dgn gemuk

    BalasPadam
  15. meriah tu ank2 ayam dh menetas

    BalasPadam
  16. Wahhh banyak nya, Alhamdulillah rezeki

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah…seronok Wak dapat tengok dari telur sampai jadi anak ayam comel!

    BalasPadam
  18. Apa maksud no1 & 2 tu? Maksudnya anak ayam dari isteri pertama atau kedua ke? he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. No tu adalah tarikh telur ayan masuk inkubator.
      Jadi kita tahulah bila telur tu akan menetas.

      Padam
  19. Nak sekor. Nak bela ayam juga. Hehe.. gurau je, Wak.

    BalasPadam
  20. waaahhhhhhh byknyaaa anak-anak ayam berjaya menetas! teringat dulu-dulu ada jual anak ayam warna-warni kat psr pagi ehehe

    BalasPadam
  21. Hi kepada Semua anak Ayam!!!! Sihat selalu okayyyy

    BalasPadam
  22. Ayam kampung malam dedak banti dagingnya lembut ye Wak.

    BalasPadam
  23. Jadi tak harus dierami oleh induknya ya Wak. Teringin pula saya lihat proses telur yang dierami atau dimasukkan mesin hingga betul2 menetas. Penasaran lah

    BalasPadam
  24. Bagus teknologi begini... memudahkan. Boleh tau bila masa telur yang dieramkan akan menetas.

    BalasPadam