Salam bertani
Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi
Wak sembelih dua ekor AKA
Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.
Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.
Sedia untuk dipotong.
Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.
Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.









Teringat masa abah sembelih ayam dulu. Semua dilakukan secara manual. Masak air dalam kuali kemudian cabut bulu. Penat tapi sangat bahagia bersama keluarga :)
BalasPadamJarang dapat tengok daging ayam semerah tu
BalasPadamMasih buat dengan cara lama. Alhamdulillah siap disiang.
BalasPadamHari ini saya ada sembelih seekor ayam kampung..alhamdulillah memang boleh rasa sup ayam kampung ada kelainan yang ketara..
BalasPadamSedapnya AKA ..sedapnya buat masak lemak cili api pedas2....
BalasPadamFresh ni Wak. Mesti sedap rasa ayam ni. Sedapnya kalau masak apa-apa pun.
BalasPadamSedap dibuat rendang... makan dengan nasi impit...
BalasPadam