Ahad, 18 Januari 2026

Sembelih Ayam Kampung Asli

 Salam bertani

Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi


Wak sembelih dua ekor AKA


Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.


Wak cabut bulu ayam secara manual.


Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.


Ganggang di atas api untuk menghapuskan bulu halusnya.


Sedia untuk dipotong.




Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.


Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.

7 ulasan:

  1. Teringat masa abah sembelih ayam dulu. Semua dilakukan secara manual. Masak air dalam kuali kemudian cabut bulu. Penat tapi sangat bahagia bersama keluarga :)

    BalasPadam
  2. Jarang dapat tengok daging ayam semerah tu

    BalasPadam
  3. Masih buat dengan cara lama. Alhamdulillah siap disiang.

    BalasPadam
  4. Hari ini saya ada sembelih seekor ayam kampung..alhamdulillah memang boleh rasa sup ayam kampung ada kelainan yang ketara..

    BalasPadam
  5. Sedapnya AKA ..sedapnya buat masak lemak cili api pedas2....

    BalasPadam
  6. Fresh ni Wak. Mesti sedap rasa ayam ni. Sedapnya kalau masak apa-apa pun.

    BalasPadam
  7. Sedap dibuat rendang... makan dengan nasi impit...

    BalasPadam