Ahad, 9 November 2025

Bontrot Tahlilan

 Salam bertani

Tadi lepas solat isya ada majlis tahlil dan doa selamat kat surau. Ada disediakan jamuan oleh tuan rumah dan dapat bontrot untuk dibawa pulang.




Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Sedap tu wak.. Jawa Johor panggil bontrot ya. Kitorang panggil Berkat.
    Dulu masa kecik² tunggu abah bawak balik berkat nasi ambeng dalam takir, makan sama² adik beradik.

    BalasPadam
  2. Lain dah bekas nasi ambeng sekarang kan. Zaman dulu bungkus dalam daun pisang. Bapa ikat di belakang basikal bawa pulang, makan satu family.

    BalasPadam
  3. Banyak juga kuantiti dalam bekas plastik.

    BalasPadam
  4. Nasi Ambeng sebesar ni la Dania bawa ke kelas. Siapa nak sila ambil. Laku keras budak student ni. Kejap je ada orang ambik. Lauk pauk punya banyak.

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi ambeng. Lamanya tak makan.

    BalasPadam
  6. Wah dia dah masuk bekas plastik je sekarang ni. Kalau dulu dalam daun pisang Arwah bapak bawak balik apa lagi sampai rumah kami kerumun ramai2 sedap sungguh nasi berkat kenduri atau tahlil.

    BalasPadam
  7. Banyak isinya macam boleh makan tiga orang.

    BalasPadam
  8. Waduh sedapnya nasi ambeng! Lama tak jumpa dekat sini. Selamat menjamu selera Wak.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah nasi ambeng rezeki berkat

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..sedapnyaa nasi Ambeng . Lama tak Makan ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, rejeki. Besor portion tu, Wak. Kena makan kongsi dengan isteri Wak. ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  12. Rindunya dengan nasi ambeng. Bila dah semakin jauh ke utara, saya jarang balik Johor jadi dah tak merasa makanan kenduri.

    BalasPadam
  13. Nasi ambeng, lama betul tak makan.

    BalasPadam
  14. sedapnya nasi ambeng ada ayam masak kicap ni wak :)

    BalasPadam
  15. best nasi ambeng.. kat tempat saya ada juga tapi tak tau la ori ke tak

    BalasPadam
  16. Nasi ambeng, paling mengenyangkan...

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah rezeki baca yasin..Syukur nikmat makanan dekat Malaysia ni melimpah ruah negara kita di Rahmati Allah kan wak

    BalasPadam
  18. Bontrot, kalau di kampung ammi di Banting, selalu dgr dulu pakcik sebut “wak balik bawa berkat ni, mangan yok”

    BalasPadam
  19. Banyak isinya.. Boleh dimakan bersama keluarga..

    BalasPadam
  20. Nasi Ambeng. Masyarakat Jawa dan nasi ambeng berpisah tiada. Sedapnya dapat masakan dari orang kampung. Terasa aslinya nasi ambeng tu kan. Alhamdulillah dapat berkat bawa balik.

    BalasPadam
  21. Aduh.....ngences Nasi ambengnya....mana nak cari ni....

    BalasPadam
  22. Nasi ambeng jowo lama tak mkn, 1st mkn masa tinggal di Ipoh

    BalasPadam
  23. Uish rare ni tahlil dapat nasi ambeng. Citarasa jowo

    BalasPadam
  24. Uwaaaah nasi ambeng. Tp kami sebut nasi berkat ๐Ÿ˜„. Sama saja sebenarnya. Paling sukaaa juga dapat ini kalau sedang menghadiri acara

    BalasPadam