Selasa, 8 Julai 2025

Bela Itik Serati

 Salam bertani

Jom tenguk itik-itik serati yang wak pelihara di belakang rumah.



Sebahagian daripada itik serati yang wak pelihara.
Itik serati diberi makanan dedak bercampur jagung hancur
pada waktu pagi.


Itik serati lepas bebas di kawasan berpagar.


Itik diberi makanan tambahan daun ketum ayam.


Sepasang itik serati.
Yang warna hitam putih tu jantan lebih besar.
Yang warna putih tu betina.
Itik serati betina akan mengeram selepas bertelur.


Telur itik serati wak kutip setiap pagi.
Wak jual 80 sen sebiji.

Salam bertani

26 ulasan:

  1. Luas rumah itik serati Wak, bagus ni - lepas bebas dalam kawasan berpagar. Tak ganggu jiran.

    Alhamdulillah…banyak hasil telurnya.

    BalasPadam
  2. Banyak itik belaan wak. Meriah macam wak bela ayam jugak. Lumayan hasilnya banyak dapat telur itik. Dapat juga berjual kan wak. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. byknya...puas mkn telor itik...msk lomak sodap

    BalasPadam
  4. Banyak itik dipelihara, alhamdulillah..ada entry baru berkisargambar itik.Pasti ada yang mahu membelinya

    BalasPadam
  5. Wahhh banyak itik ni... Kalau kat Negeri Sembilan memang ramai yang buat Salai ni.... Sodappp...

    BalasPadam
  6. Teringat dulu2 masa kecik arwah mak dan ayah bela itik ni belakang rumah. Memang selalu la kena bagi makan itik. Duk jauh2 sebab takut kena sudu dengan itik. Hahaah

    BalasPadam
  7. oo ada juga daun ketum ayam, terus saya google.
    Bagus ada makanan alternatif ni jadi penternak tidak bergantung sepenuhnya pada dedak/palet.

    BalasPadam
  8. Sedapnya telur Itik...kat Seremban ni mahal telur itik wak..RM1.50 sebiji...

    BalasPadam
  9. wahh byknya itik wak. telur pun lumayan hasilnya

    BalasPadam
  10. Wahhh..Itik ni sedap masak ape ntah nama dia dkt Kelate..Biasa cakap nk mkn gulai itik serama je =D

    BalasPadam
  11. sedapnya gulai lemak telur itik. Nak bela itik ni malas... nak kawasan luas...

    BalasPadam
  12. Suka sekali melihat aktivitas Wak tidak hanya bertani tapi juga memelihara itik.
    Alhamdulillah Wak mendapat penghasilan dari menjual telur itik itu.

    Salam,

    BalasPadam
  13. Murah wak jual telur itik tu...smlm saya beli 1.20 sebiji telur itik...telur itik biasa dengan itik serati sama ker?

    BalasPadam
  14. waahhh 80 sen bestnya kalu dekat blh beli dgn wak

    BalasPadam
  15. dikampungku namanya Entok, mereka makan banyak. boros

    BalasPadam
  16. wah itik serati telur sonok kutip telur tiap pagi

    BalasPadam
  17. Bestnya telur tu kalau dimasak lemak cili api.

    BalasPadam
  18. Makcik Edy pun ada bela itik serati ni jugak wak, dia bela dekat reban gini jugak, dulu dia pernah bela kat tempat terbuka siap ada kolam air. Tapi makcik kata bila ada kolam itik suka main air takmo bertelur sangat heheheh. Kalau balik kampung memang beli telur itik atau telur masin jeruk dekat dia murah je.

    BalasPadam
  19. Murahnya...80 sen sebiji.... sini tak dapat 80 sen sebiji....

    BalasPadam
  20. Berganda kalau di sini harganya Wak, 1.50 sebiji.

    BalasPadam
  21. itik serati saya ni rupa mcm jantan.. tapi bertelur masalahnya. haha saya pun confuse.. rajin itik2 ni bertelur.. tapi tu la saya tak makan telur itik. ayah saya buat jeruk je

    BalasPadam
  22. Banyak! Mesti riuh rendah bunyi nya ni...!

    BalasPadam
  23. Meriahnya tengok banyak betul itik2 Wak. Dulu2 arwah tok ada juga bela itik, seronok bagi makan itik2 ni.

    BalasPadam
  24. Kalau rumah saya dekat sana, pasti saya juga ikutan panen telur itik wak 😁

    BalasPadam
  25. Seronoknya tengok. Asal bela dan tanam menjadi sesaja tangan Wak

    BalasPadam