Salam bertani
Sarapan:
Lempeng kosong cicah serawa durian.
Rarauan:
Nasi putih lauk jantung wagyu rebus dan sambal tumis ikan bilis.
Cicipan :
Singkong godog cicah dendeng nyet berapi.
Salam bertani.
Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Dua ekor sapi peliharaan wak sudah selamat dikorbankan sempena sambutan aidiladha pada hari ini. Pejantan JJ masuk list korban pada tahun ini kerana ia semakin sangat besar dan kuat, selalu mendatangkan masalah untuk wak menguruskannya. Umurnya sudah menghampiri enam tahun. Budak MJ memang sudah sampai gilirannya pada tahun ini kerana umurnya sudah melebihi dua tahun. JJ dikorbankan atas nama keluarga WP dan MJ wak jual kepada jk surau kariah wak. Jom nenguk.