Salam bertani
Wak bukan nak cerita pasal buah limau kumkuat yang viral kat pasaran tu, tetapi wak nak tunjukkan segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP yang sedang lebat berbuah. Buahnya jarang-jarang wak tuai kerana rasanya yang sangat masam seperti limau kesturi tidak seperti limau kumkuat viral yang manis rasanya. Jom nengok
Buah limau kumkuat yang matang di pokok.
Inilah segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP.
Pokok-pokok yang tumbuh daripada biji benih iduknya yang sudah mati.
Kesemua pokok sudah berbuah banyak kali.
Buah limau kumkuat mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.
Berbuah lebat setiap tahun menjelang CNY
Beribu-ribu lemon.
Rasanya sangat masam seperti buah limau kesturi.
Cuma ada rasa sedikit manis di bahagian dalam kulitnya.
Buah matang mula berguguran sebab tak dituai.
Gambar buah limau kumkuat yang hampir matang.
Gambar buah limau kumkuat yang masak ranum.
Saiznya lebih kurang sebesar limau kesturi.
Salam bertani.
Terfikir juga limau kumkuat ni buat masakan apa ya Wak...tak pernah rasa limau ni.
BalasPadamOoo kumquat jenis masam rupanya. Kalau rajin boleh buat acar.
BalasPadam