Ahad, 19 Januari 2025

Ternakan di Belakang Rumah

 Assalammualaikum

Wak nak tunjukkan perkembangan ternakan yang wak usahakan di belakang rumah. Ada beberapa jenis ayam, itik dan burung puyuh yang wak ternak. Ayam mutiara dah habis wak sembelih dan ada juga wak jual. Setiap pagi selepas bersarapan, wak luangkan masa sejam untuk menguruskan pemberian makan minum mereka. Jom tenguk


Ternakan ayam dan itik di kawasan berpagar.
Mereka akan dilepaskan ke kawasan kebun pada waktu petang.


Ayam arab di dalam reban.


Ayam penelur lohman brown


Ayam kampung kacuk di dalam reban berlantai.
Sudah sesuai untuk dituai.


Bapa ayam kampung asli (ayam sabung)


Pejantan ayam kampung kacuk.


Yang warna putih tu adalah ayam penelur white leghorn.


Anak ayam kampung kacuk di dalam sangkar pembesaran.


Anak ayam arab di dalam sangkar didik.
Disediakan lampu 25W sepanjang masa sehingga berumur 2 minggu.


Anak itik serati kampung.


Burung puyuh penelur di dalam sangkar.


Alat pengeraman telur automatik.


Telur ayam kampung asli
Wak jual 60 sen sebiji kepada peraih/kawan/jiran.


Telur itik serati.


Kutipan telur burung puyuh sehari.

Salam bertani.

2 ulasan:

  1. sgt masyuk laaa hasil ternakan wak ni

    BalasPadam
  2. waaahhh tak sia-sia berbudi membela haiwan ternakan ni.. lumayan hasilnya!

    BalasPadam