Rabu, 11 September 2024

WW 569 : Buah Kelapa Muda

 Salam bertani

Pn is3 : Bapaknya tolonglah kaitkan buah kelapa muda kat                  depan rumah tu                                                                  

Wak     : Ok, beres

(Two seconds later)

Wak     : Coconut the gun already in the jug

Pn is3  : Cepatnya

Wak     : Alah kerja senang






Jadilah suami mithali

Salam bertani.


Sabtu, 7 September 2024

Panen Buah Duku Terengganu

 Salam bertani

Wak panggil buah duku terengganu sebab bibitnya wak dapat daripada negeri Terengganu. Kebanyakan orang JDT panggil buah duku langsat tetapi orang-orang di pantai timur panggil buah duku sahaja.

Musim buah kali ini ada empat pokok duku terengganu di dusun WP yang berbuah. Cuma dua pokok sahaja yang dapat dipanen hasilnya. Dua pokok lagi yang hidup di sempadan kebun, buahnya jadi rezeki pemangsa si monyet dan tupai.


Sepokok duku terengganu.
Buahnya sudah boleh dipanen


Yang ini baharu nak kuning mencelah


Seminggu lagi masak ranumlah


Buah yang ini sudah dituai


Hasil panenan untuk anak cucu yang pulang ke kampung


Hasil panenan daripada dusun WP pada petang ini.

Salam bertani.

Isnin, 2 September 2024

Masak Lemak Rebung Buluh Manis

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak tunjuk serumpunan pokok buluh manis yang ada di kebun WP. Kebetulan pada musim hujan ini rebungnya galak bertunas. Jadi wak tuailah sebatang rebung buluh manis ni untuk buat penganan tengah hari .


Inilah seperdu pokok buluh manis di kebun WP


Rebung buluh yang sesuai dituai.


Tuaian rebug buluh manis.


Rebung buluh yang telah dikupas kulitnya.


Isi rebung.


Rebung dipotong nipis dan direbus.


Rebung yang telah direbus bolehlah disimpan 
di dalam esbok.


Masak lemak rebung buluh manis dengan babat.

Salam bertani.