Salam bertani
Mungkin masin mulut wak selalu panggil Yut (sempena peristiwa dia hanyut dulu), kini Yut telah hanyut buat selama-lamanya. Peristiwa ini berlaku pada awal bulan ini semasa banjir besar melanda kebanyakan kawasan di negeri Johor. Kawasan padang ragut tempat ternakan wak telah ditenggelami air banjir beberapa hari akibat hujan lebat berterusan dan pelepasan air takungan tasik. Keluarga Yut yang berada di seberang sungai tidak dapat dipindahkan kerana air naik terlalu cepat. Si Yut cuba menyeberangi sungai tetapi tersangkut pada jaring ikan yang dipasang oleh penduduk di sini. Wak amat sesal tak dapat menyelamatkan Yut sebab ia menyeberang pada waktu malam. Wak hanya dapat melihat jasad Yut tidak bernyawa pada pagi esoknya.
Hampir sebulan wak tidak mengentri blog WP kerana peristiwa ini. Bukan sedih kerugian 5 - 6k nilai komersial Yut, tetapi kehilangan 'sentimental value' bersama-sama Yut selama ini tiada bandingannya.
Wak banyak mengentri kisah Yut dan keluarganya dalam
blog WP ini. Panggilan 'Yut' berasal daripada peristiwa dia
hanyut ke seberang sungai. Wak kagum dengan semangatnya
hidup bersendirian sehinggalah membentuk satu keluarga.
Banjir besar akibat pelepasan air empangan
pada awal bulan Mac ini.
Keluarga Yut berada di seberang sungai terperangkap banjir
Keadaan sebahagian daripada keluraga Yut yang
terperangkap banjir sehingga beberapa hari.
Wak terpaksa mengharung sungai menggunakan sampan
untuk melepaskan tali tambatan ke semua ahli keluarga Yut.
Jasad Yut dijumpai terapung tersangkut pada jaring ikan.
Rupanya Yut ikut wak menyeberang sungai pada malam itu
meninggalkan ahli keluarganya yang lain.
Yut benar-benar hanyut buat selama-lamanya.
Maafkan wak kerana tidak dapat membantu
Yut sehingga kelemasan
Sedihnya melihat jasad Yut berlalu pergi.
Yut the Legend dalam kenangan.
Terima kasih di atas segala kenangan semasa menjadi
sahabat wak yang setia.
Yut meninggalkan wak dan tiga anak si Ning Oyen,
si Pok Teh Ali dan si Syuk serta dua cucu si Napi Sikat Tepi
dan Siti Nursyahira @ Ira.
Sala bertani.
Sedihnya tengok dia dah kaku tu wak :(
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah gantikan yang lebih baik.
BalasPadamAllahu Akbar, nangis sy baca entry wak ni. Masa banjir tu, sy mmg asyik teringat Yut, apa khabarnya dgn Yut di seberang sungai tu, tapi tak sampai hati nak tanya kat wak. Rupa2nya, benar detak hati sy, Yut hanyut selamanya.. Wak kehilangan Yut, sy kehilangan Tino.
BalasPadamOh, patutlah lama wak menyepi... i feel you
BalasPadamassalammualaikum wak. patutla mcm lama xnmpk wak singgah.. Allahu. sedei nya dgr. xpela wak. redha..InsyaAllah moga ada rezki yang lebih baik utk Wak. aamiin
BalasPadamMoga Allah gantikan yang lebih baik
BalasPadamInnalillahiwainnailaihi rojiun
BalasPadamAllahuakbar...masa tenguk Johor banjir teruk terutamanya Batu Pahat macam terdetik je apa agaknya terjadi dengan keluarga Yut dan yang lain-lain. Bila wak up cerita sedihnya. Kesian pulak tenguk yang tersangkut seberang sungai tu. Semuga yang lain-lain hidup lah hendaknya.
BalasPadamAllahuakbar sedihnya...masa banjir haritu memang teringat dekat wak&haiwan2 kesayangan tu semua..cuma mampu berdoa dalam hati moga semuanya selamat
BalasPadamSabar ye Wak. Memang sedih kehilangan kesayangan kan. Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik
BalasPadamsemoga Allah memberkati usaha Wak
BalasPadamAllahu…saya yang cuma ikuti perkembangan Yut di alam maya pun turut rasa sedih.
BalasPadamAritu masa banjir di Johor, memang saya terfikir pasal lembu Wak yang diseberang sungai ni. Tapi tengok Wak takde update apa-apa di blog, saya fikir lembu Wak baik-baik aje. Rupanya…Wak pun sedang bersedih.
Allah sedih nyaa tengok yut. dapat rasa sekali kesedihan wak. semoga wak tabah. semoga keluarga wak juga baik2 saja disana. sedih terima kabar johor banjir tempoh hari
BalasPadamBaca pun rasa sedih..
BalasPadamsedih tengok jasad dia. kalau saya yang baca ni sedih, apatah lagi wak yang selalu ada dengan dia. semoga kuat semangat wak ye.
BalasPadamInnalillah..sedih baca bila melibatkan nyawa walaupun hanya haiwan belaan. Teringat kesedihan saya masa kucing mati dulu lepas banjir, sampai sekarang tak boleh lupa.
BalasPadamAllahu.. sedihnya baca entri kali nie. Sebak dada.. Tabah ya Wak..
BalasPadam