Salam bertani
Sepohon cempedak tua di dusun WP telah tumbang beberapa hari yang lalu. Mungkin terkena ribut ditambah pula musim hujan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana banyak mengandungi air. Nasib baik tidak menghempap pokok-pokok lain yang ada bersebelahan dengannya. Wak biarkan dulu ia begitu dan belum bercadang untuk memotongnya.
Sepohon cempedak yang tumbang beberapa hari yang lalu
Keadaan banir pokok
Mujurlah tiada akar yang putus
Batangnya sudah sebesar sepemeluk
Biasanya menghasilkan beratus-ratus buah cempedak
Ini adalah pokok cempedak lain yang pernah tumbang
beberapa tahun yang lalu.
Wak biarkan sahaja ia sujud ke bumi dan telah menghasilkan
buah yang lebat pada musim yang lepas.
Allahu...bila Allah berkehendak,
BalasPadampokok sepemeluk pun boleh tumbang..
Alhamdulillah bukan berlaku waktu Wak kat kebun & tiada kejadian tak diingini..
Hikmah nanti dapat panen cempedak yang sudah rendah..
Sampai sudah masanya untuk pergi
BalasPadamsayang juga tengok kan, musim lalu byk hasilnya tapi mana lah kita nak melawan alam kan. bsyukur tak menimpa pokok lain.
BalasPadamBanyak sungguh hasil dari pokoknya wak..
BalasPadamSetiap yg hidup pasti merasa mati....
BalasPadamGeram plak tgok hasil yang pokok lagi satu tu...sayang la wak kalau dipotong yang baru rebah ni....
BalasPadammasih bertahan ye wak pokok yang satu tu, walau dah tumbang, moga-moga hat yang baru tumbang tu pun masih mampu bertahan hayatnya dan terus berbuah.. in syaa allah
BalasPadamSemoga Allah ganti dgn yang lebih baik.
BalasPadamAssalamualaikum WP
Begitulah jua manusia kn wak.. setelah puas berbakti, akhirnya tumbang jua rebah ke bumi
BalasPadamWah.. walaupun rebah tetap mengeluarkan hasil ye wak.. Mungkin yang tumbang ini pun akan begitu..
BalasPadamakar xputus walau tumbang masih hidup n mengeluarkan hasil yg banyak..Alhamdulillah
BalasPadamTapi ajaibnya pokok cempedak ni kadang dah tumbang pun tapi buahnya lebat je, teringat pokok cempedak rumah atok, tumbang tp cempedaknya lebat berbuah jadi mudah nak petik sebab dah kat bawah kan semuanya
BalasPadamMasyaallah, walaupun dah tumbang, tetap mengeluarkan hasil..geramnya tengok buah cempedak..
BalasPadamMungkin dia dah penat berdiri.
BalasPadamAduh.. sayangnya. Belakang rumah saya ada tanam sepokok cempedak. Moga² menghasilkan buah suatu hari nanti.
BalasPadammeriahnnya hasil cempedak tu
BalasPadamwow banyak betul buahnya.. banyak berjasa pokok ni
BalasPadamWalau dah tumbang masih boleh berbuah ya pokok yang lagi satu.. bagus lah macam tu, tak perlu potong dulu pokok yang tumbang tu, mana tau ada rezeki pokok tu pun berbuah nanti kan Wak..
BalasPadamSelagi akarnya masih hidup pokoknya masih boleh mengeluarkan hasil ye wak. Geram je tenguk buahnya lebat sungguh
BalasPadamsetiap yg gagah akan jatuh juga akhirnya...ehhhh tiber
BalasPadamTumbang menyembah bumi dah ya. Rezeki kan wak setelah dia banyak berbakti
BalasPadamSedapnya cempedak... Sabar ye...
BalasPadamMasih ada rezeki walaupun sudah tumbang menyembah bumi. Akar tak putus masih boleh hidup subur pokok ni. Senang juga nak ambil buahnya.
BalasPadam