Sabtu, 26 Februari 2022

Welcome Bubu

 Salam bertani

Semasa nak pulang daripada pasar minggu semalam, wak terlihat seekor anak kucing terbiar yang sedang menangis minta simpati orang ramai. Anak kucing yang masih bayi lagi, jika dibiarkan mungkin akan terpijak oleh orang yang lalu lalang atau dilanggar kenderaan. Wak pakat dengan pn is3 ambil anak kucing tu bawa balik ke rumah.


Bawa pulang anak kucing jalanan.
Kesian sungguh wak tenguk keadaannya.


Kurus kering tinggal kulit dengan tulang.
Bulunya pun dah banyak yang gugur dan ada luka pada ekornya.


Kedua-dua matanya pun dah hampir tak boleh dibuka


Siap untuk bawa ke vet
Abang Kent sebuk tenguk budak baharu.


Siapkan makanan, susu, ubat mata dan ubat kurap.
Ubat kutu dan ubat cacing memang dah ada stok.


Kuat makan.
Harap-harap boleh pulih dan sihat.
Anak kucing ni jantan, 
Wak namakan Bubu sebab warna kelabu.







35 ulasan:

  1. Bubu kucing bertuah kerana dipertemukan dengan wak dan puan is3. Sy pun ada seekor nama Bubu, tapi Bubu sy betina 😍

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah dapat tuan yang baik.. moga Bubu terus sihat dan baik-baik aja..

    BalasPadam
  3. Alahai comelnya. moga murah rezeki wak dan isteri membela kucing terbiar. nanti dah sihat boleh geng dengan Kent

    BalasPadam
  4. Bertuah Bubu...Mungkin ada kebaikan yang pernah Bubu lakukan,maka Allah temukan dengan insan berhati mulia yang menatang bagai minyak yang penuh

    BalasPadam
  5. Welcome Bubu. Siap ada bebear untuk Bubu tau.

    BalasPadam
  6. Bubu cepat makan banyak banyak supaya lebih gebu gebas✌️

    BalasPadam
  7. Semoga bubu sihat selepas ini... Tahniah wak!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. dapat Bubu menumpang kasih

    BalasPadam
  9. cantik bulunya moga cpt sht n jadi kawan baik kent

    BalasPadam
  10. Syukur wak jumpa bubu. Terjaga bubu duduk dengan wak. Semoga bubu semakin sihat. Cantik bulunya kelabu macam coklat.

    BalasPadam
  11. insyallah cantik anak kucing tu nanti. semoga wak dimurahkan rezekikan selalu

    BalasPadam
  12. Halooo Bubu! Keiannya diaaa...Moga terus membesar dengan sihat yeee Bubu!

    BalasPadam
  13. kesiannya tengok mata dia tu wak, kesian dah kering badannya, bulu pun dah rontok.. moga dia boleh sihat membesar macam abang Kent nya tu ya

    BalasPadam
  14. Terima kasih WP selamatkan anak kucing tu. Semoga dilimpahi rezeki selalu. Bertuah Bubu moga cepat sihat.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, Bubu dapat tuan baru yg baik hati.
    Moga bertambah luas & lumayan rezeki Wak sekeluarga aamin.

    BalasPadam
  16. Kesiannya tengok dia..Moga Bubu membesar dengan sihat bawah jagaan wak dan isteri..

    BalasPadam
  17. Sedihnya. Tak kuat la bila tengok kucing terbiar ni. Sayu sangat rasa hati. Terbaiklah Wak sekeluarga, merawat dan menjaga Bubu. Semoga Bubu terus dikurniakan kesihatan dariNya.

    BalasPadam
  18. Alahai...kesiannya dia....nasib Wak amik dan jaga,harap cepat dia membesar dan cepat sembuh...terpisah ngan ibu dia kot ni...

    BalasPadam
  19. Alhamdulillam bubu ada tuan baru yang baik hati.
    mesti bila sihat ni mau gebu gebas bulunya..

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah. Rezeki Bubu dipertemukan dengan insan yang baik. Yang cinta dan sayang sesama makhluk. Tahniah wak sekeluarga tambah ahli keluarga baharu. Semoga Bubu sihat dan terus bahagia. Ada absng Otto, kent dengan kakak juga.

    BalasPadam
  21. Allahu kesianya lah Bubu.. nasib Wak bawak balik, semoga Wak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki. Tahniah Wak..

    BalasPadam
  22. tak lama lagi gemuk la si bubu mesti comel nanti

    BalasPadam
  23. Terima kasih wak dan isteri tolong anak kucing ni.
    Semoga membesar dengan baik. Nanti mesti gebu dan hansem macam abang Kent 😀

    BalasPadam
  24. Welcome bubu..bertuah dapat dipertemukn dengan wak ..moga cepat gemok bubu

    BalasPadam
  25. Allahuakbar..kesian Bubu..mesti dia trauma and bersyukur sangat wak selamatkan dia...moga Bubu kembali sihat dan gebu!

    BalasPadam
  26. waa baiknya selamat kucing jalanan. Semoga dimurahkan rezeki sekeluarga dan semoga bubu membesar dengan sihat

    BalasPadam
  27. Mulianya hati Wak. In Shaa Allah rezeki Wak akan bertambah byk kerana berbakti kpd haiwan2 terbiar.

    BalasPadam
  28. bagus abg kent concern kat adik baru

    BalasPadam
  29. Nanti pos lagi pasal kucing ye. Sedang menimba ilmu.

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah, Semoga dimurahkan rezeki wak dan dipermudahkan segala urusan dalam menjaga dan menyelamatkan anak kucing tersebut. Aamin :)

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah.. lepas ni bam..bam la harapnya.

    BalasPadam
  32. Tak lama nanti tambah sihat dan hensem si Bubu.

    BalasPadam