Salam bertani
Isnin, 31 Ogos 2020
MB 140 : Salam Kemerdekaan
Sabtu, 29 Ogos 2020
Bubur Asyura'
Salam bertani
Pada hari ini sempena 10 Muharram, kariah lelaki surau di kejiranan wak bergotong royong memasak bubur asyura'. Gotong royong memasak bubur asyura' dimulakan sebelum solat zuhur dan selesai selepas waktu asar. Bubur asyura diagihkan kepada semua kariah surau sebelum waktu maghrib untuk hidangan berbuka puasa.
Pada sebelah malamnya diadakan tazkirah dan zikir hari asyura' selepas waktu maghrib dan jamuan bubur asyura' selepas solat isyak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Salam bertani.
Rabu, 26 Ogos 2020
Ahad, 23 Ogos 2020
Sabtu, 22 Ogos 2020
Tanam Pokok Nadir
Salam bertani
Wak ada menanam beberapa jenis pokok buah-buahan nadir dan pokok-pokok yang 'rare' di kebun. Kebanyakannya baru ditanam dan belum mengeluarkan hasil. Mudah-mudahan tanaman ini tidak pupus dan dapat dikenali oleh generasi akan datang. Jom layan.
Salam bertani.
Rabu, 19 Ogos 2020
Selasa, 18 Ogos 2020
Pokok Langsuir
Salam bertani
Pokok paku langsuir asalnya adalah pokok liar yang terdapat di hutan negara kita. Ia hidup menumpang di dahan pokok hutan, pokok getah atau kelapa sawit. Sekarang pokok liar ini telah mula menjadi tanaman hiasan di halaman rumah yang cantik dan menghijau. Pokok langsuir membiak melalui sporanya yang terdapat di bahagian bawah daun. Anak pokok langsuir yang tumbuh secara semula jadi bolehlah disemai di dalam polibeg dan diletakkan di tempat teduh.
Salam bertani.
Ahad, 16 Ogos 2020
Cempedak Goreng
Salam bertani
Wak ngopi petang ini dengan hidangan cempedak goreng. Cempedak madu CH28 di dusun wak dah mula matang. Musim cempedak kali ini sangat berkurangan berbanding pada tahun lepas. Lagi pun wak tak sempat hendak membungkus cempedak tersebut menyebabkan banyak buah yang buruk tidak boleh dituai.
Salam bertani.
Sabtu, 15 Ogos 2020
Menebas Kebun Getah
Salam bertani
Lebih setahun wak tidak menoreh getah kerana harga getah yang merudum sejak akhir-akhir ini. Kebun getah sudah hampir menjadi hutan dan tempat habitat haiwan liar. Sudah semingguan wak menebas anak-anak pokok getah dan semak samun di kebun getah. Wak menebas menggunakan parang panjang sahaja. Angannya wak nak mula menoreh semula, tetapi memandangkan harga getah yang masih rendah, mematahkan semangat wak.
Alhamdulillah, hari ini selesai kerja-kerja menebas hutan di kebun getah.
Salam bertani.