Khamis, 4 Jun 2020

Rebung Buluh Betung

Salam bertani

Serumpun pokok buluh betung di dusun WP mengeluarkan banyak rebungnya semasa musim hujan ini. Wak menuai dua batang rebung  untuk masakan tengah hai ini.



Rebung2 buluh betung yang tumbuh di perdunya


Sebatang rebung buluh yang masih muda


Wak menuai 2 batang rebung untuk masakan tengah hari ini


Rebung buluh yang telah dikupas kulitnya


Rebung buluh betung yang telah dipotong nipis.
Perlu direbus sehingga mendidih dan ditoskan.
Rebung buluh tak akan empuk atau hancur
walau pun direbus lama.


Rebung buluh masak lemak dengan udang.
Rasanya lembut dan kenyal.
Jemputlah makan.



Salam bertani.



26 ulasan:

  1. sedapnya rebung buluh masak lemak terliur mandang

    BalasPadam
  2. rebung masak lemak perut pun sedap

    BalasPadam
  3. dana ingat nama buluh betung tu cuma nama je macam cerita bayi buluh betung tu hehehe..
    dulu walaupun rumah arwah nenek ada rumpun buluh tapi tak pernah pun kami amik rebungnya... mak nenek memang tak pernah masak rebung... jadi dana pun tak reti masak atau makan rebung, cuma baru-baru ni bila ada kawan bagi rebung madu baru tahu makan dan masak... dan dah tahu kenapa ramai tak berapa suka rebung sbb ada rasa mcm pahit sikit hujung2 tu...

    tapi kan kalau orang tak tau mesti ingat makan umbut kelapa tengok yang dalam masakan wak dengan udang tu

    BalasPadam
  4. sedapnya rebung. tak pernah masak sendiri juadah rebung. biasa beli yang dah siap masak je untuk rebung.

    BalasPadam
  5. Sedapnyaaa Wak, kalau Mak saya masak lemak pekat campur babat, arghhh ngencessss

    BalasPadam
  6. sedapnya rebung masak lemak..

    BalasPadam
  7. sebelah rebung ada durian..bg terliur ke tu hehe

    BalasPadam
  8. Sedapnya rebung fresh...kenapa tak tuai semua sekali,rebus,frozenkan..

    BalasPadam
  9. Lazatnya.Ya Allah.Lama sangat tak makan rebung ni.

    BalasPadam
  10. sedapnya rebung fresh...cantik pokoknya..

    BalasPadam
  11. Makan makanan segar ambil dari pokok...syok sungguh ni wak!

    BalasPadam
  12. Sedapnya Wak!
    Alamdulillah. Mudah-mudahan anak-anak rebung yang lain bakal menyusul dengan lebih banyak.

    BalasPadam
  13. macam ada filem melayu, pasal buluh betung ni, tak ingat nama filemnya

    BalasPadam
  14. Teringat memori di kampung. Ada juga serumpun buluh betong kepunyaan ibu saudara. Sedap dimasak kari bersama ayam @ daging.

    BalasPadam
  15. sedap nya rebung masak lemak udang tu. saya dan mak mmg peminat rebung, if beli byk, rebuskan dulu pastu masuk fridge, bila nak makan baru masak balik

    BalasPadam
  16. Alahai Wak dahlah Tukang Kebun memang mengidam sangat nak makan rebung ni. Kat Kampung kami ni tak musim pula. Hari tu pun lucky dapat 1 rebung sambil mandi sungai.

    BalasPadam
  17. Woah woahhhh. sejujurnya saya langsung tak familiar rupa rebung macam mana sebelum dimasak. Sebab selepas masak pon jarang2 jumpa lol

    BalasPadam
  18. banyak betuk rebungnya ye wak..
    Alhamdulillah boleh dibuat juadah menarik..

    BalasPadam
  19. Sedap rebung buluh masak lemak cili api campur udang tu. Masak pedas-pedas sedap betul. Untung ada pokok buluh sendiri kat kebun.

    BalasPadam
  20. sedap ni, kalau balik rumah mertua, mesti akan ada menu guna rebung ni..

    BalasPadam
  21. Tengok ajelaaa....dahla feveret

    BalasPadam
  22. ehee x reti makan rebung buluh. tapi kalau nenek masak dedulu tu cedok lauk jela dengan kuah..

    BalasPadam
  23. SAa x berapa suka rebung, mungkin sebab baunya yang kuat

    BalasPadam