Sabtu, 18 April 2020

Jambu Bertih Merah

Salam bertani

Wak ada menanam sepohon jambu bertih merah pada tahun lepas. Benih jambu bertih merah tut ini wak beli di sebuah nurseri pertanian di Kuala Kangsar semasa pergi jemputan kahwin di sana. Alhamdulillah, pokoknya telah mengeluarkan buah beberapa tangkai dan sedang mula mengeluarkan bunga baru yang lebat.


Setangkai buah jambu bertih merah


18.04.2020
Inilah pokok jambu bertih merah yang berbuah sulung
beberapa tangkai.
 Setiap hujung dahannya mula mengeluarkan bunga baru.


Beberapa tangkai buah  yang masih muda.


Setangkai lagi


Putik mudanya berwarna putih


13.05.2019 - beberapa hari selepas ditanam


25.09.2019 - Pokok jambu bertih kelihatan subur
walau pun musim kemarau.

28 ulasan:

  1. Senang petik jambu bertih merah sebab pokok rendang.
    Cantik warnanya.

    BalasPadam
  2. Haa... ni satu lagi pokok dalam wishlist saya... ada nampak kut belah sini dua tiga tempat. kut taman ni pon ada. tunggu nak minta kebenaran nak tut jer... Banyak pokok jambu ni sekarang bila berbuah jatuh terbiar gitu jer.. budak2 skrg tak berapa nak makan buah... kita ni terliur tengok buah kat pokok orang hahaha

    BalasPadam
  3. ya Allah sedapnya nmpak klo cicah dgn garam belacan perghhh

    BalasPadam
  4. saya tak tahu nama betul dia tapi panggil jambu kampung..
    sebab dlu kat kg nenek ada dua pokok ni. now gone..
    sedappp and rasa klasik x sama dengan jambu air madu beli kat rnr tapah tu hehe..

    BalasPadam
  5. Sodap ni tau..hehe..teringin nak tanam dekat halaman rumah :)

    BalasPadam
  6. Kecur liur nampak jambu bertik merah menyala!

    BalasPadam
  7. BUAH JAMBU BERTIH NI ADA YG MANIS...YG BIASA TU MASAM SEDAP BUAT MENYICAH

    BalasPadam
  8. dah jarang tengok orang menjual jambu jenis ni terutama yang putih tu. alhamdulilah, cantik dan subur kejadiannya. suka tgk kebun dan hasil tanaman wak

    BalasPadam
  9. sedap ni..tepi rumah mertua ada la.. setahun berapa kali tah berbuah..lebat.. bawah pokok letak pulak meja kerusi boleh buat tempat menyicah ptg2

    BalasPadam
  10. Wahhhh. Merah.. cantik πŸ‘

    BalasPadam
  11. Kami punya pokok tak berjaya hidup....

    BalasPadam
  12. kalau cicah sambal kicap sedap ni.

    BalasPadam
  13. Lama sungguh tak makan buah jambu ni. nak jumpa pun susah sekarang ni.

    BalasPadam
  14. Sedap makan ngan kicap+cili+gulaπŸ‘†πŸ‘†

    BalasPadam
  15. Patutlah namanya bertih sbb saiz kecil...tak perasan tajuk ada tulis Jambu,kalau tak saya ingat pasal bertih jagung tadi. hehe

    BalasPadam
  16. Sedap ni kita kt sini nak buah mcm2 ni kene beli di pasar.

    BalasPadam
  17. Saya dah kali ketiga tanam pokok jambu bertih tut. Harap yg kemudian ni hidup eluk. Yang dulu semua mati.

    BalasPadam
  18. Elok sekali buah jambu tu Wak..

    BalasPadam
  19. Sha panggil jambu loceng.. Warna dia merah mengancam.. cantik kejadiannya..

    BalasPadam
  20. sy panggil jambu air. kalau singgah petron isi mnyk, mmg beli jambu air ni. kdg cepat abis, xda rezeki nak beli

    BalasPadam
  21. Kalau saya yg tanam mesti mati WP hihi.... Kecik kecik dulu selalu makan jambu ni... banyak yg ditinggalkan sejak dah tua ni huhu

    BalasPadam
  22. Buah ada lg x? Isteri sy mangidam

    BalasPadam