Wak menggunakan ibu ayam denak untuk mengeramkan telur ayam kampung dan seterusnya memelihara anak-anak ayam kampung tersebut. Telur ibu ayam denak akan diasingkan dan digantikan dengan telur ayam kampung untuk dieramkan secara semula jadi.
Seekor ibu denak boleh mengeram diantara 8 hingga 10 biji telur ayam kampung. Ibu ayam denak didapati lebih pandai mengeram dan mendidik anak ayam yang baru menetas berbanding ibu ayam kampung.
Ibu ayam denak ini mendidik 16 ekor anak ayam kampung hasil
pengeraman daripada 2 ibu ayam denak.
Ibu ayam denak sangat pandai mendidik anak
Seekor ibu ayam denak bersama-sama anak-anak ayam kampung
Kasih sayangnya tidak berbelah bagi walau pun
hanya memelihara anak angkat.
Anak-anak ayam kampung dipisahkan daripada ibu tumpangnya selepas
berumur 6 minggu.
telur ayam kampung memang jadi rebutan...
BalasPadamLebih berkhasiat daripada telur biasa
PadamKenapa dipisahkan... kesian la anak ayam tu... hhuhuhu
BalasPadamTedi tengah mencari blog untuk difollow, sila roger dalam blog Tedi jika berminat ya.
Umur 6 - 8 minggu, anak ayam kampung sudah boleh hidup berdikari kerana sudah mempunyai bulu kasar yang penuh.
PadamSebak pulak tengok anak ayam terpisah dari ibunya. Kenapa perlu dipisahkan, boleh tak WP terangkan. Maklumlah kita tak pandai ilmu bertani ni 😂
BalasPadamAnak ayam tidak perlukan ibunya lagi tetapi masih dikurung dengan diberikan makanan dan air. Ibu ayam perlu dilepaskan supaya bebas mencari makanan dan memulihkan diri sebelum bertelur semula.
PadamIbu ayam kampung ni kadang dengan anak sendiri tak peduli kan Pakcik WP..ada juga yang anak sendiri dipatuk dikitai sampai koyak kulit kepala dan ada sampai mati..lagi satu kalau ada dua ibu mengeram,menetas bawa anak sama-sama...salah satu ibu jadi garang..anak dari ibu lain dikerjakan..sebab PC tengok ayam kat kampung macam tu..pening babah dengan mama..itu belum lagi anak baru tumbuh bulu kasar sehelai dua dikepak..ibunya dah nak mengeram lagi..hehehehe..
BalasPadamAnak2 ayam dan ibunya sangat mengenali sesama sendiri.
PadamKalau anak ibu lain memang dia kan kitai.
dulu saya berani dengan ayam. bila dah tua takot, nanti dia terbang ke patuk ke.
BalasPadamhuhu.
Ibu2 ayam moden sekarang okay kot.
PadamTak kejar atau patuk orang lagi.
Pandainya ibu denak jag anak
BalasPadamTapi perlu dikurung.
Padamkalau tidak dia akan tidur atas pokok.
oo camtu ke ayam denak kot biasa tengok tapi tak tahu ayam mana,, adoi camtu lah mak ayam kampung,, sekali kais sampai kan anak terguling banting.. huu.. perit tengok mak bela ayam dulu2 :D..
BalasPadamAyam denak ni kira baka ayam hutanlah.
PadamSaiznya kecil berbanding ayam kampung dan cuping telinganya ada warna putih.
murah rezeki..nilah hasil nya ..alhamdulillah
BalasPadamDah jadi hobi dan terapi diri cikgu.
PadamWAH STRATEGI TERBAIK TU
BalasPadamAyam denak ni hanya bela untuk suka2 aje, tak boleh bela banyak2 sebab saiznya kecil, telurnya pun kecil. Jadi telurnya jarang2 dieramkan dan ditukarkan dengan telur ayam kmpung.
Padampandai ibu denak.. mudah kerja mengeram
BalasPadamOhhh. boleh juga camni rupanya.. baru tau.. hehe.
BalasPadamnumpang share ya min ^^
BalasPadamHayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^
Macamana yg dikatakan pandai mendidik anak tu WP?
BalasPadamHebat jugak ye kalau mcm tu.
Dia akan terima anak siapa pun.
Padamkalau ayam kampung sangat mengenali anak2nya.
Anak ayam lain akan dikitainya sampai mati.
Lagipun dia tak kuat mengais macam ayam kampung sampai tonggamg terbalik anak2ya.
subhanallah...ayam pun ada taktik mengasuh..
BalasPadam