Sabtu, 12 Januari 2019

Anak-anak 2018

Salam bertani

Sepanjang tahun 2018, aktiviti penternakan lembu WP menambah empat lagi ahli baharu. Alhamdulillah, mereka hidup sihat dan cepat membesar kerana dipelihara dengan penuh kasih sayang. Kesemua anak lembu ini masih menyusu dan bebas meragut rumput di padang ragut.



Inilah anak-anak WP yang lahir sepanjang tahun 2018.
Si Atan, Tompok, Melo dan Sue.
(1 jantan dan 3 betina).


Atan dihahirkan oleh ibunya Siti pada 16 Jan 2018.
Atan adalah anak sulung.


Si Atan berumur beberapa hari.


Gambar Si Atan pada 11 Jan 2019
Tak lama lagi umur Atan akan genap setahun. 


Si Tompok lahir pada 06 Mac 2018.
Ada tompok putih di kepalanya.
Ibunya bernama Zura.


Si Tompok dan Melo berumur hampir sebulan.


Gambar Tompok pada 11 Januari semalam.
Tompok nak naik motor agaknya.


Melo dilahirkan pada 03 April 2018.
Melo adalah anak lembu betina


Gambar Melo pada 11 Januari semalam.


Si Sue adalah nak bongsu tahun 2018  lahir pada 24 April.
Kisah emaknya terjatuh ke dalam sungai pernah disiarkan
dalam entri 'Nyemplung Sungei'.


Gambar Si Sue pada 11 Januari semalam


Mudah-mudahan mereka ini adalah punca rezeki Allah untuk WP
pada masa akan datang.



Salam bertani.
Catat Ulasan