Jumaat, 7 September 2018

Buah Cempedak Durian

Salam bertani.

Ada beberapa pokok cempedak durian yang baru ditanam di dusun WP. Salah satu pokok cempedak durian yang berumur dua tahun sudah mula berbuah beberapa biji pada musim buah kali ini. Benih cempedak durian ini WP beli semasa pameran MAHA beberapa tahun yang lepas. Pokok cempedak durian kelihatan sama sahaja dengan pokok cempedak biasa.

Buah cempedak durian berbentuk agak bulat dan mempunyai duri yang kasar seperti buah durian. Walau bagaimana pun ia bukanlah hasil kacukan daripada cempedak dan durian. Saiz buahnya agak kecil diantara 1 kg hingga 2 kg sahaja. Buah yang masak beraroma kuat adan rasanya sangat manis dengan ulas yang agak besar.



Dua biji buah cempedak durian yang sudah matang.


Berbentuk bulat dengan duri yang kasar seperti buah durian.
Saiz kecil hanya 1.5 kg sahaja.


Sebiji lagi seberat 2.5 kg


Isi cempedak durian berwarna cream dan berulas besar.
Isinya rapat dan kurang jerami.
Rasanya lebih enak daripada cempedak biasa.


Cempedak durian goreng.


Inilah pokok cempedak durian yang pertama kali berbuah.
Buahnya hanya beberapa biji sahaja.
(baki sebiji di pohon).


Buah cempedak durian di pohon.
Buah ini asalnya dibungkus.


Hasil tuaian petang ini.


Sepohon lagi cempedak durian.
Sebaya tetapi belum berbuah.


Yang ini baru berumur setahun.
Pokoknya sama seperti pokok cempedak biasa.

Salam bertani.
Catat Ulasan