Isnin, 6 Ogos 2018

MB 55 : Nyemplung Sungei

Salam bertani.

Beberapa hari yang lepas, seekor ibu lembu peliharaan WP terjatuh ke dalam sungai. Usaha-usaha untuk menaikkannya ke atas tidak berjaya kerana tebing sungai yang tinggi. Terpaksalah ibu lembu tersebut berendam di dalam air semalaman menantikan air pasang. Apabila air pasang hingga ke tebing barulah ibu lembu ini dapat naik ke darat. Syukur alhamdulillah selamat.


Seekor ibu lembu terjatuh ke dalam sungai


Usaha menaikkannya ke darat gagal walaupun  tebing
sungai telah ditarah.


Keadaan ibu lembu yang terjatuh ke dalam sungai ketika air surut.
Mujurlah anaknya tidak sama-sama terjun 'nyemplung sungei'.


Ibu lembu dapat naik ke darat apabila air pasang.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan