Khamis, 15 Mac 2018

Pagar Durian

Salam bertani.

Sepohon durian di dusun WP  berbuah lebat dan sedang menanti masa untuk gugur. Oleh kerana ini adalah durian luar musim dan kebanyakan pokok lain tidak berbuah, ancaman binatang perosak mungkin bertambah. Biasanya babi hutan akan terlebih dahulu membuka buah durian yang gugur pada waktu malam. Jadi WP memasang pagar plsatik hitam di sekeliling pangkal pokok durian untuk mengelakkan ancaman babi hutan tersebut. Plastik berwarna hitam akan mengelirukan pandangan babi hutan pada waktu malam.


Pagar plastik hitam dipasang di sekeliling perdu pokok durian


Perlu satu setengah gulung plastik hitam (50m)


Plastik hitam dapat mengelakkan serangan babi hutan
 pada waktu malam


Pagar siap dipasang.
Inilah sepohon durian jantung yang besar dan tinggi
sedang berbuah lebat.


Sayup-sayup pandangan di atas


Tiba-tiba sebiji buah sulung gugur sebaik saja
siap memasang pagar.


Bawa balik ke rumah untuk pn is3.
Dia sangat suka buah durian.
WP suka tanam aje tapi tak suka makan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan