Sabtu, 9 Disember 2017

Pokok Bunga Balung Ayam

Salam bertani.

WP ada menanam beberapa pasu pokok bunga balung ayam sebagai hiasan di halaman rumah. Pokok hiasan ini dipanggil pokok bunga balung ayam kerana bunganya yang menyerupai balung ayam jantan terutama yang berwarna merah. Ia merupakan pokok bunga hiasan semusim iaitu pokok bunga yang akan mengeluarkan bunga sekali sahaja sepanjang 4 bulan tempoh hayatnya. Bunga pokok balung ayam berwarna sama ada  merah,kuning, unggu atau putih.

Pokok bunga balung ayam mudah disemai menggunakan biji benihnya yang didapati di bahagian bawah bunga yang matang. Biji benihnya bersaiz halus seperti biji sawi dan perlu disemai di tapak semaian. Anak pokok bunga balung ayam bolehlah dipindahkan ke pasu, polibeg atau batas apabila mempunyai beberapa helai daun.

Pokok bunga balung ayam sebenarnya adalah tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat perubata tradisional. Keseluruhan bahagian pokonya boleh dijadikan bahan perawatan pelbagai jenis penyakit sama ada perawatan luaran atau diminun. Untuk perawatan luar, ia  dikatakan mampu merawat penyakit bisul, luka dan bengkak.

Air rebusan pokok bunga balung ayam boleh diminum untuk meredakan batuk berkahak, buasir, keputihan dan haid berlebihan. Ia juga dapat melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Daun dan bunganya juga boleh digunakan untu merawat beberapa jenis penyakit lain.

Daun muda pokok balung ayam boleh dijadikan sayuran seperti pokok bayam walau pun jarang orang mencubanya. Pokok bunga balung ayam banyak ditanam oleh penternak kelulut/lebah kerana nektarnya banyak menghasilkan madu.


Setangkai bunga balung ayam sedang mekar


Menanam pokok balung ayam dalam pasu.


Pokok balung ayam semakin membesar


Sepohon pokok balung ayam yang subur


Pokok balung ayam mula berbunga


Mengeluarkan bunga di setiap hujung dahan


Bunga utama di bahagian pucuk pokok mula keluar


Bunga semakin membesar


Bunga merah seperti balung ayam.




Sepohon pokok balung ayam sedang berbunga


Sepohon yang lain.


Bunga balung ayam yang matang akan menghasilkan biji benih.

Tanamlah pokok bunga hiasan sebagai penyeri halaman rumah.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan