Ahad, 30 April 2017

Bekalan Ramadhan dan Syawal

Salam bertani

Anak-anak ayam kampung ternakan WP telah mencapai umur tiga bulan. Sejak berumur dua bulan, anak-anak ayam ini telah dipindahkan ke reban besar dan diternak secara kurung lepas atau separa bebas.  Maksudnya anak-anak ayam kampung ini dilepas bebas pada waktu siang di kawasan reban yang berpagar dan akan masuk ke reban pada waktu malam. Cara peternakan sebegini dapat mengawal keselamatan anak ayam dan anak-anak ayam tidak dapat merosakan tanaman yang terdapat di sekeliling kawasan rumah.

Ayam kampung boleh dituai apabila mencapai umur empat bulan dengan purata berat hidup dua kilogram seekor. Biasanya ayam jantan lebih besar dan berat berbanding ayam betina. Ayam kampung jantan akan mula berkokok apabila berumur lima bulan dan ayam-ayam kampung betina akan mula bertelur selepas berumur enam bulan.

Ada lebih  tujuh puluh ekor ayam kampung yang sesuai untuk dituai menjelang bulan Ramadhan dan Syawal ini. WP berhasrat untuk menuai hanya ayam-ayam kampung jantan sahaja manakala ayam-ayam kampung betina akan dijadikan ayam penelur untuk menghasilkan telur ayam kampung. Ayam-ayam kampung jantan tidak boleh disimpan terlalu banyak kerana sering akan bergaduh apabila dewasa.

Adik-adik ayam kampung ini sudah berumur  hampir sebulan dan masih diternak di dalam reban didik. Mereka adalah 'Cucu April 2' yang ditunjukkan dalam entri WP beberapa minggu yang lepas.


Anak-anak ayam kampung yang telah berumur tiga bulan.



Bekas makanan dan air diletakkan diluar reban.


Lepas bebas di sekitar kawasan reban yang berpagar.


Reban yang bertutup dihuni oleh seekor bapak ayam (Siputih)
dan 10 ekor ibu ayam yang sudah bertelur.




Bekas makanan diletakkan di luar reban.
Diberi makan dua kali sehari dengan dedak ayam dan jagung hancur.



Bekas air juga diletakkan di luar reban.


Ayam kampung betina.


Ayam kampung jantan.


Ayam kampung betina.


Bapak ayam.


Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan