Selasa, 28 Februari 2017

Anak Durian Raja Kunyit (Musang King)

Salam bertani.

Memandangkan harga buah durian raja kunyit (musang king) yang sangat tinggi dan konsisten serta permintaannya yang amat menggalakkan, WP tidak ketinggalan menanam beberapa  pokok anak durian tersebut di dusun yang WP usahakan. WP ada juga menanam  klon durian lain seperti durian duri hitan, IOI dan monthong  Walau pun usaha ini agak terlewat tetapi WP laksanakan juga mengikut konsep "lebih baik lewat daripada tiada". Harga buah durian musang king luar musim sekarang ialah lebih RM50.00 sekilogram.

WP nak tunjukkan sebahagian daripada anak pokok durian raja kunyit  (musang king) yang ditanam. Anak pokok durian ini WP tanam menggantikan tanaman pokok getah kerana tidak ditoreh dan beberapa pokok durian kampung yang kurang berkualiti. Anak durian musang king ini adalah dari baka klon cantuman mata tunas.

 WP menanam anak benih durian ini secara berperingkat-peringkat, ada yang berumur satu tahun, dua tahun, tiga tahun dan  ada beberapa pokok yang sudah  belajar berbuah pada musim yang lepas. Pokok durian musang king baka klon yang sihat dan subur akan mula berbunga selepas lima tahun ditanam.





















Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan