Pagi ini WP dan Pn Isteri turun ke JB kerana ada urusan di Pusat Islam. Sekejap saja urusan dah selesai, kami berpakat untuk ke pantai Tanjung Puteri. Masa zaman muda-muda dulu kami sering ke sana kerana kami tinggal di JB manakala arwah FIL bekerja di Marin Syahbandar di situ. Jadi kira mengimbau kenangan silamlah .
Tanjung Puteri sekarang sudah jauh berbeza. Sudah dihimpit oleh pembangunan di sekelilingnya dan tempat rekreasi pantainya sedang dalam pengubahsuaian. Jadi ke sana cuma layan ambil gambar pokok-pokok hiasan saja.
Waktu pulang kami singgah di Angsana kerana perut dah berkeroncong. Order kacang pool dan mee rebus saja. Habis licin semuanya. Singgah juga di kedai buku cari buku-buku agama dll.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan