Ahad, 15 September 2019

Memangkas Pokok Pulasan.

Salam bertani

Musim buah-buaha sudah berakhir. Sekarang wak tengah sibuk memangkas pokok pulasan walau pun ada hasilnya yang tak sempat dikutip. Pokok pulasan perlu dipangkas selepas berbuah untuk mendapatkan bentuk baru yang rendang serta mengembalikan kesuburan pokok. Wak hanya menggunakan gergaji tangan untuk memotong dahan-dahan kecil dan sederhana besar. Kerja-kerja pemangkasan pokok pulasan mungkin mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Selepas itu wak akan memangkas pokok rambutan pula.


Keadaan sepohon pulasan selepas dipangkas
Dahan potongan disusun  dan dibiarkan reput.


Tunas-tunas baharu akan keluar selepas dua minggu dipangkas.


Sepohon lagi selepas dipangkas 


Bahagian potongan disembur cat untuk mengelakan
kekeringan atau serangan kulat.


Keadaan pokok pulasan yang belum dipangkas


Buah pulasan yang tak sempat dituai.


Pokok pulasan ini kelihatan subur dan rendang selepas
setahun dipangkas. Akan berbunga pada musim buah akan datang.


Sepohon lagi pulasan selepas setahun dipangkas.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. Owh.. kena dipangkas ye untuk memastikan pokok sentiasa rendang.. bubuh cat tu boleh elakkan kulat.. tak mengganggu pertumbuhan pucuk baru ye wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua tiga kali musim buah, bolehlah pangkas sekali.
      kalau tak nanti pokoknya besar dan tinggi, susah nak kutip hasil.

      Pucuk baru biasanya tumbuh banyak di sepanjang dahan yang dipotong tu. Hanya pilih satu dua aje yang lain kena buang.

      Padam
  2. Assallam Wak WP

    OOO memang kena pangkas yer, supaya dia remdang dan tak tidak terlalu cepat meninggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa supaya tak terlalu tinggi dan untuk memudahkan kita mengutip hasil.

      Padam
  3. berapa lama nak berbuah balik WP, selepas di pangkas tu...

    BalasPadam
  4. Tetiba teringat buah pulasan. Lebih 10 tahun tak makan

    BalasPadam
  5. wow sudah gondol pokoknya..pangkasan penting untuk kesuburan pokok n lebih rendah..senang nk petik buahnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama nanti keluarlah pucuk baru.
      dalam setahun dah rimbun semula.

      Padam
  6. Patut la Pak Lang SA akan pangkas pokok2 ni selepas habis musim buah

    BalasPadam
  7. cantik rimbun pokoknya bila lepas setahun dipangkas ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya selepas setahun atau dua tahun dipangkas barulah dia berbunga semula.

      Padam
  8. ohh begitu caranya. senang nak petik kalau pokok rendang macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa, hasilnya boleh dipetik tanpa memanjat atau menggunakan galah.

      Padam
  9. Ooo dah habis musim buah ye Wak...lepas ni mangkas lagi, dan berbunga lagi dan berbuah laa lagi kannn

    BalasPadam
  10. Wow.. lagi subur Selepas dipangkas ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas dipangkas kena baja mama
      Barulah tumbuh subur dan menghijau.

      Padam
  11. Terima kasih buat sharing di sini. Pokok pulasan saya baru habis harves buahnya. Search cari apa nak buat dgn pokok ni.

    Terima kasih kerana beri tips yg sanga berguna.

    InsyaAllah 2 minggu lagi masuk kebun semula.

    Semoga Allah beri ganjaran atas sharing ilmj ni.

    BalasPadam