Selasa, 17 September 2019

Ibu Denak

Salam bertani

Wak ada memelihara beberapa ekor ayam hutan yang dijinakkan disamping ternakan ayam kampung.
Ayam-ayam hutan peliharaan ini hidup lepas bebas dan tidur di atas pokok pada waktu malam. Ayam hutan betina biasanya akan bertelur 6 biji dan mengeramkan telurnya hingga menetas. Ibu ayam hutan akan memelihara anak-anaknya sehinggalah ia  bertelur semula.


Ibu denak  sedang mengeram .
(12 biji telur daripada 2 ibu denak)


Ibu denak memelihara 12 ekor anak
(kesemua telurnya menetas)


Anak-anak denak ini sudah berumur sebulan.


Bentuk dan warna kesemua anak denak sama sahaja.


Anak-anak ayam denak.


Anak-anak denak ini sudah boleh terbang tinggi jika diganggu.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. kita suka bau anak ayam....sedapppp....hahahhaha

    BalasPadam
  2. Eh, kena panggil wak ye 🤭 Dulu arwah jiran ada ayam tina camtu, dia selalu lepak dalam almari rumah Zumal sampai bertelur situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak ni dalam bahasa jawa maknanya pakcik.
      Nak panggil pakcik pun boleh. Wak ni dah warga emas.
      Zumal ni baya2 anak2 wak aje.

      Padam
  3. kalau ayam hutan mmg nama dia denak ye wak? baru tahu...
    mcmne wak blh bela ayam hutan yek? dia kan jenis suka bebas... kecik mcmtu pun dh boleh terbang... menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Denak ni kiranya ayam hutan yang dijinakkan. Tujuannya untuk dibuat pikat. Tapi wak tak pernah pikat ayam hutan.
      Bela untuk suka2 aje.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ayam denak ni saiznya kecik aje dan terror terbang.

      Padam
  5. Gemoknyaaaa ayamnyaa..Mak dulu ada ayam denak ni..sekarang aje dah takdee membela ayam ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam denak ni gemuk sebab makan dedak.
      Kalau ayam hutan asli kurus aje supaya badannya ringan untuk memudahkan terbang.

      Padam
  6. Rugi wak bela ayam hutan, baka ayam kg pun ikut kerdil nt hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tak campur ayam denak dengan ayam hutan ni kang.
      Ayam kampung yang buat pembiakbakaan wak kurung.

      Padam
  7. comel comel je anak anak ayam denak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak ayam denak ni kecik aje saiznya sebab telurnya pun kecik.

      Padam
  8. Biasanya ayam hutan ni berkaitan dgn hal-hal mistik. Masa kecik2 lamaaaaaa dulu pernah juga cuba menjerat di kebun. Jerat tersentak tapi ayamnya tiada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang2 dulu percaya ayam hutan yang hidup liar tu ada tuannya yang kita tak tahu. Ayam hutan sekarang dah masuk kampung.

      Padam
  9. Saya agak rumah wak ni ada mcm zoo kot, buat mini zoolah wak, hehe.
    Ayam hutan mmg kecik ye wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni wak hanya ternak ayam kampung, ayam denak dan itik aje. Burung puyuh dan arnab dah habis kena sembelih.
      Lembu wak tak balik rumah. Kucing pun ada banyak.

      Padam
  10. maaf wak, DENAK tu nama jenis ayam atau merujuk kepada ayam hutan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Denak ni istilah ayam hutan yang dijinakkan untuk dijadikan ayam pikat. Biasanya dia dah jinak macam ayam kampung, cuma dia terror terbang aje.

      Padam
  11. cantik bulu ayam denak nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna bulu dia sepesen aje.
      Tapi kalau yang jantan bila dewasa bulunya jadi merah.

      Padam
  12. Asalamualaikum..lama tak berkunjung kat sini, semoga sihat sentiasa, ayam sihat comel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam cikgu.
      Lama tak mengentri dalam blog pesona.
      Jadi cikgu ni tentu sibuk kan.
      Nak buat bbm lagi
      Nak tulis brm lagi

      Padam
  13. Balasan
    1. Sebenarnya kecik aje ibu denak tu.
      tak sampai sekilogram rasanya.

      Padam
  14. denak ni sejenis ayam hutan ke nama ayam ni denak. susah nau nak paham kategori ayam ni..hehe

    BalasPadam
  15. sama sepesen jer 12 ekor ni :D.. lama dah tak tengok ayam mengais macam ini.. rumah wak ayam tidur atas pokok camtu x de gangguan ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 ayam macam ni masih tidur dalam sangkar.
      Bila berpisah dengan ibunya baru dia cari pokok.
      Tapi yang tidur dalam reban pun ramai.

      Padam
  16. Wah! hebatlah WP ayam Denak pun boleh dijinakkan.
    Teringat pulak ayam serama batik adik ipar Mrs. A garang tapi kesian dah kena makan ular sawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayan denak ni besar sikit daripada ayam serama.
      Yang jantan memang kuat gaduh. Boleh simpan satu ekor aje buat bapak. Yang lain kena kurung atau sembelih.

      Padam
  17. Cantiknya ayam denak tu.. bertambah laginpengetahuan sha mengenai ayam.. ingat ayam biasa..

    BalasPadam