Ahad, 22 September 2019

Membaja Organik

Salam bertani

Selain menggunakan baja kimia, tanaman juga memerlukan baja organik untuk proses tumbesarannya. Baja organik ialah baja tanaman yang berasal daripada sisa tumbuhan dan sisa haiwan seperti tahi ternakan, kompos, baja ikan, guano dan lain-lain. Ada baja organik asli, ada yang boleh dibuat sendiri  dan ada juga baja organik yang telah diproses di kilang untuk memudahkan penggunaannya.

Walau pun baja organik mempunyai unsur NPK yang rendah tetapi ia mempunyai banyak kebaikan lain teutama untuk memperbaiki tekstur tanah dan untuk mengekalkan  kelembapannya. Ia juga tidak merosakkan tanaman dan mampu bertahan lama.

Hari ini, wak membaja organik tanaman-tanaman anak pokok yang terdapat di dusun WP.


Baja organik proses
40 kg satu beg.


Jom membaja


Baja organik berpelet
Perlu ditaburkan di sekeliling perdu anak pokok.


Anak manggis mesta yang baru dibaja.
Akan mengeluarkan pucuk baru apabila musim hujan nanti. 


Anak pokok cempedak durian
Bertahan menghijau walau pun kemarau.


Anak pokok abiu



Anak pokok nangkadak

Salam bertani.

30 ulasan:

  1. semoga pokok tumbuh dengan sihat..
    tak tahan bau baja, tapi baja jugaklah yg bagus untuk tumbesaran tumbuhan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baja organik proses ni dah tak bau busuk macam yang original

      Padam
  2. banyak anak2 pokok nak dibaja tu wak.. moga2 anak pokok terus hidup sampai berbuah..

    BalasPadam
  3. Patutlah menjadi betul tanaman wak, usaha dan doa tidak pernah putus

    BalasPadam
  4. BAJA/MAKANAN POKOK SIKIT SAJA TAPI HASIL YG DIKELUARKAN BERGANDA BANYAKNYA ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bukti kekuasaan Allah.
      Maha pemberi rezeki kepada hambanya

      Padam
  5. Semoga tumbuh membesar semua pokok2 wak ..

    BalasPadam
  6. Moga hidup subur dan mengeluarkan hasil yang baik.. Aamiin.

    BalasPadam
  7. dua tiga tahun lagi dapat makan hasillah tu.. tahniah

    BalasPadam
  8. Dah macam2 jenis campuran pokok skrg ni

    BalasPadam
  9. cempedak durian tu ada masalah identiti tak? hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cempedak durian tu adalah sejenis cempedak sejati.
      Takde kena mengena dengan durian langsung

      Padam
  10. betul tu WP kena juga gunakan baja organik ni, tapi kan mak ana dulu siap pi tepek najis lembu original tu kat pokok bunga ros nya, nasib masim berbau wangi hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin kutip, boleh aje guna yang original

      Padam
  11. Saya guna baja tahi lembu yang saya kutip di sepanjang jalan di taman perumahan kami. Ada orang bela lembu, jadi lembu dia berak merata (di sepanjang jalan dan di atas padang(. jadi saya akan cari. Bawa guni dan cangkul).
    lagi pun saya bukan petani sepenuh masa, dapat 2-3 skop pun dah cukup dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baja organik original memang bagus.
      Cuma tahi lembu ni mengandungi benih rumput.
      Nanti banyaklah rumput yang tumbuh

      Padam
  12. Tak pernah dengar nama pokok abiu tu...

    BalasPadam
  13. Wak beli benihnya kat nerseri di Kuala Kangsar.
    belum berbuah lagi.

    BalasPadam
  14. banyaknya pokok buah-buahan. semoga membesar dan memberikan hasil yang banyak.

    BalasPadam