Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Kariah sekampung wak baharu sahaja selesai pogram baraan syawal pada tahun ini. Aturcara bermula selepas solat isyak setiap malam merangkumi sepuluh buah rumah. Wak tunjukkan kunjungan kariah baraan ke rumah wak beberapa malam yang lepas.
Salam bertani
Hari selasa lepas, si Bainun sapi wak beranak sulung anak jantan. Tarikh lahirnya sama dengan blogger fofula UG tu. Wak nak namakan gedEx macam tak sampai hati pulak. Jadi wak akan panggil dia 'Petai' sudah. Jom nenguk
Salam bertani
Hujan berterusan selama 48 jam pada hari rabu dan khamis menyebankan banyak kawasan di negeri Johor dinaiki air. Sebahagian kawasan ragut tempat wak memelihara lembu juga dinaiki air. Alhamdulillah, pada hari sabtu air banjir sudah mula surut. Jom nenguk
Salam bertani
Ada beberapa pokok limau bali sunkist di sekeliling rumah wak yang sedang berbuah lebat. Ada masa terluang, wak balut buah limau tersebut sedikit demi sedikit. Wak balut menggunakan plastik lutsinar. Buah limau bali sunkist yang tidak dibalut sebahagiannya akan rosak angkara serangga lalat buah.