Salam bertani
Wak nak tunjuk sepohon durian musang king berumur enam tahun yang baru pertama kali berbuah. Cuma berbunga tiga tangkai, dan akhirnya wak dapat menuai dua biji buah durian musang king di luar musim. Alhamdulillah pokok ini sudah mula berbunga buat kali ke-dua pula. Harap-harap hasil akan datang leih banyak lagi.
Pokok durian musang king berumur enam tahun.
Pertama kali berbuah cuma dua biji sahaja.
Mula berbunga pada bulan november tahun lepas.
Cuma sedahan yang berbunga 3 tangkai.
Putik buah durian yang terdebunga
Tinggal 6 biji
Tinggal 3 biji pada bulan januari lepas
Akhirnya tinggal 2 biji yang terus membesar.
Buah pertama yang gugur
Isinya tak mengecewakan
Biji kesep semuanya
Buah ke-dua gugur seminggu kemudian
Isinya.
Inilah hasil titik peluh petani