Salam bertani.
Rabu, 22 Februari 2017
Ahad, 19 Februari 2017
Pokok Mahkota Dewa
Ada beberapa pokok mahkota dewa yang hidup subur dan berbuah lebat ditanam di belakang rumah WP. Pokok mahkota dewa hanya setinggi satu meter dan boleh dicantas untuk mengawal ketingginanya. Ia sesuai ditanam di atas tanah atau pasu besar sebagai tanaman hiasan. Mula mengeluarkan bunga dan buah apabila setahun ditanam dan menghasilkan buah sepanjang tahun di batang dan ranting-rantingnya.
Pokok mahkota dewa mudah dibiakkan melalui semaian biji benih matang dan boleh juga ditut. Ia cepat membesar dan jarang diserang perosak tanaman. Hasil utamanya ialah buah mahkota dewa matang walau pun kesemua bahagian pokok mahkota dewa mempunyai nilai perubatan.
Buah mahkota dewa akan bertukar warna dariada hijau kepada meron apabila matang dan sesuai dituai. Buah yang dituai dibersihkan, diracik dan dikeringkan. Manakala biji buah mahkota dewa pula dikatakan beracun. Buah yang telah dikeringkan tadi biasanya direndam dengan air panas atau direbus dengan bahan herba lain mengikut kadar tertentu untuk mengawal dan menyembuhkan pelbagai penyakit.
Diantara khasiat pokok mahkota dewa termasuklah mengandungi anti-oksida yang boleh melawan kanser, anti-bakteria dan anti-virus. Ia dikatakan boleh juga mengawak kolesterol, meneutralkan racun, mengurangkan kadar gula dalam darah dan menguatkan imun dalam tubuh. Buah mahkota dewa juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, gout, masalah jantung dan pelbagai penyakit lagi. Walau bagaimana pun ia tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung atau semasa datang bulan. Waulahualam.

Sepohon mahkota dewa yang sedang berbuah lebat.
Ada sebiji buahnya yang telah gugur.
Tinggi pokok lebih kurang satu meter.
Buah matang di batang pokok
Berbuah juga di setiap ranting/dahannya.
Bunga pokok mahkota dewa.
Daun pokok mahkota dewa
Setangkai buah yang muda dan hampir matang.
Sepohon lagi yang sedang berbuah lebat
Buahnya hampir matang
Anak-anak pokok mahkota dewa yang tumbuh sendiri
melalui biji benih di bawah pokok induknya
Anak pokok mahkota dewa ini sudah berbunga dan berbuah.
Sepohon lagi pokok mahkota dewa yang subur
dan telah berbunga dan berbuah.
Diantara khasiat pokok mahkota dewa termasuklah mengandungi anti-oksida yang boleh melawan kanser, anti-bakteria dan anti-virus. Ia dikatakan boleh juga mengawak kolesterol, meneutralkan racun, mengurangkan kadar gula dalam darah dan menguatkan imun dalam tubuh. Buah mahkota dewa juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, gout, masalah jantung dan pelbagai penyakit lagi. Walau bagaimana pun ia tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung atau semasa datang bulan. Waulahualam.
Salam bertani.
Sabtu, 18 Februari 2017
Anak Ayam Kampung 3
Salam bertani.
Ternakan ayam kampung WP bertambah lagi apabila beberapa ibu ayam yang mengeram serentak telah menetaskan telur-telurnya. Anak-anak ayam yang baharu menetas akan akan dipelihara oleh ibunya selama dua minggu sebelum dipisahkan.

Beberapa ekor ibu ayam sedang mengeram serentak.
Anak-anak ayam yang baharu menetas berumur sehari.
Ibu yang lain.
Seekor anak ayam kampung yang comel
Ibu ayam dan anak-anaknya dikurung dalam rumah didik.
Anak-nak ayam mula dipisahkan daripada ibunya setelah berumur dua minggu.
Sekumpulan lagi.
Berumur dua minggu dan sudah mula tumbuh bulu pelepah.
Anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam sangkar yang lebih besar.
Sudah berumur tiga minggu.
Anak ayam kampung dikumpulkan dalam satu sangkar.
Masa makan. Anak-anak ayam diberi makanan pemulaan dedak ayam
dan jagung halus.
Sebahagian anak-anak ayam berumur hampir empat minggu.
Ada lima puluh ekor semuanya.
Sesuai dituai menjelang Ramadhan dan Syawal nanti.
Rabu, 15 Februari 2017
Isnin, 13 Februari 2017
Sayur Kampung Keliling Rumah 2
Salam bertani.
Sebahagian lagi sayuran kampung dan ulaman yang ditanam di sekeliling rumah WP. Kebanyakannya adalah tanaman sara diri yang boleh dituai berulang kali dan ada yang tumbuh sendiri daripada biji benih yang dihasilkan.

Pokok ulam raja
Pokok ulam raja yang telah dituai beberapa kali.
Ada juga pokok pegaga yang tumbuh melata.
Pokok lempuyang
Pokok halia
Pokok cekur/kencur dalam pasu
Pokok cekur di dalam pasu bunga
Anak pokok terung telunjuk yang baru diubah
Pokok terung telunjuk dewasa
Buah terung telunjuk
Di hadapan pokok kunyit dan di belakangnya pokok temu pauh.
Perhatikan perbezaan daunnya.
Ada pokok belalai gajah dalam tayar.
Pokok sayur meranti
Pokok bebuas di tepi tembok
Pokok kelapa anak mataq
Pokok cili padi dan sayur remayung yang memanjat pagar.
Pokok sayur remayung yang melata
Seperdu lengkuas muda.
Pokok limau kasturi
Buah limau kasturi
Pokok daun kari
Pokok cili padi berbuah putih
Sepohon cili padi berbuah lebat
Pokok cili padi di sebelah pintu pagar
Pokok tenggek burung selepas dipangkas.
Pokok ubi indon
Sayuran di tepi rumah
Pokok bendi merah.
Pokoknya besar dan tinggi sehingga 2 meter
Belimbing buluh di belakang rumah
Sepohon lagi belimbing buluh yang rajin berbuah
Pokok kacang botor/kelisa/kecipir
Sulur keladi.
Pokok serai
Pegaga di tepi pagar
Pokok meranti yang tumbuh sendiri.
Pokok ubi sengkuang
Inilah sebahagian daripada tanaman yang WP usahakan di sekeliling rumah selain daripada tanaman pisang dan buah-buahan. Aktiviti rutin seharian yang bermula sebagai hobi dan exercise bagi seorang petani kampungan.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)