Sabtu, 8 Julai 2023

Hukuman Mati Mandatori Kerana Curi Seekor Ayam

 Salam bertani

Wak nak cerita pasal kisah  semalam petang. Semasa wak nak tutup reban ayam, wak dapati semua ayam tak mahu masuk ke dalam reban walau pun cuaca dah nak gelap. Bila wak jengah ke dalam reban rupanya ada seekor tetamu tidak diundang sedang berlengkar kekenyangan. Peliknya dia masuk ke dalam reban pada waktu siang kerana pada waktu malam reban ayam wak bertutup dan dia tak boleh masuk. Memang cari nahaslah dia ni. Jom tenguk gambar.


Penceroboh sedang berlengkar kekenyangan di dalam reban ayam


Sudah menelan seekor ayam dewasa


Boleh menelan beberapa ekor ayam lagi.
Sedang menunggu mangsa seterusnya.


Pencuri sudah menerima hukuman.

Salam bertani.

Rabu, 5 Julai 2023

WW 535 : Menu Kampungan Juadah Tengah Hari

 Salam bertani 

Jemput makan


1. Telur goreng
2. Sayur batang keladi masak asam rebus
3. Sulur keladi tumis
4. Ikan pekasam goreng bawang
5. Ikan kering gelama goreng


Salam bertani.


Ahad, 2 Julai 2023

Sembelih Ayam Selasih

 Salam bertani

Ada beberapa ekor ayam selasih yang wak ternak di dalam reban di belakang rumah bersama-sama baka ayam lain. Wak sembelih seekor ayam selasih sempena hari raya haji baru-baru ini. Jom tenguk


Inilah rupa ayam selasih
Keseluruhan daging, muka dan kakinya berwarna hitam
Ini ayam selasih jantan berumur 5 bulan
Beratnya menjangkau 3 kg


Ayam selasih yang sudah disembelih 
dan dibersihkan bulunya



Kaki ayam selasih berwarna hitam pekat
Mempunyai 5 jari berbanding ayam lain 4 jari sahaja


Daging ayam selasih


Hasil seekor ayam selasih yang siap diproses


Keseluruhan anggotanya berwarna hitam 
termasuklah organ dalamannya.

Salam bertani

Jumaat, 30 Jun 2023

Qurban Aidiladha 1444 H

 Salam bertani

Salam Aidiladha 1444 H


Qurban sunat keluarga WP
Joe Biden telah selamat berhijrah ke syurga


Pokteh Ali juga telah selamat diqurbankan semalam.
Wak jual Pokteh kepada jiran sekampung.
Pokteh adalah anak kepada si Yut yang hanyut tu.

Salam bertani

Ahad, 25 Jun 2023

Zoom

 Salam bertani

Sempena Hari Bapa baru-baru ni, wak dapat senaskah hp baru. Wak malu nak tunjuk gambar hp baru tu (cap aiyam korea) sebab wak tak tahu harganya. Tapi wak suka sangatlah sebab hp baru ni ada zoom kamera. Dapatlah wak ngezoom gambar ternakan yang jauh dan buah durian di atas langit tu.

Petang tadi (waktu matahari hampir terbenam) wak cuba ambil gambar si JJ di padang ragut menggunakan zoom kamera tu. Jarak wak dengan si JJ tu lebih kurang 600/700 m dan kesemua gambar wak ambil dari tempat yang sama. Jom tenguk hasilnya.


Gambar normal
si JJ bertanda merah tidak kelihatan


1 X zoom
si JJ berada 600/700 m masih tidak kelihatan


3 X zoom
Sudah nampak kelibat si JJ


10 X zoom
Gambar JJ sudah kelihatan


30 X zoom
si JJ jelas kelihatan


100 X zoom
Gambar JJ yang berada hampir 1 km dapat dijepret

Salam bertani.

Rabu, 21 Jun 2023

WW 534 : Menu Makan Tengah Hari Rabu

 Salam bertani

Wak nak tunjuk santapan wak berdua tengah hari tadi. Jom


Lauk kepala ikan baung sungai masak asam(tak berapa) pedas.
Sayur pucuk ubi pulut rebus colek sambal kacang belacan.


Buah kuini dari dusun WP
Buah abiu dari halaman rumah.

Salam bertani

Isnin, 19 Jun 2023

MB 208 : Sarapan Kampungan

 Salam bertani

Inilah sarapan wak dan pn is3 pada pagi ini



Nangkadak goreng hasil dari dusun WP
Telur rebus hasil dari reban di belakang rumah

Salam bertani