Isnin, 8 Julai 2019

Dusunku

Salam bertani.

Sebahagian daripada hasil tanaman buah-buahan di dusun WP sudah matang dan meluruhkan buahnya. Ada sebahagiannya pula masih menunggu masa untuk matang. Pada pagi ini seperti biasa, wak bekerja di kebun sambil mengutip hasil dan sempat mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Kutipan durian pada pagi ini.
Musim durian fasa 2 akan berakhir minggu depan.


Kutipan sulung buah manggis


Sebahagian buah manggis dah mula matang.


Kutipan terakhir buah kuini.


Buah rambutan mula kemerahan


Rambutan jarum emas 


Rambutan anak sekolah


Buah pulasan baru separuh umur.


Duku terengganu kuning mencelah


Agaknya sebulan lagi boleh dituai


Buah cempedak di dalam pagar


Duku JDT masih muda


Nangka madu baru berputik


Pokok serai paha ayam sudah boleh dituai


Pokok kantan merah


Bunga kantan merah


Buah yang last sekali akan matang.

Kira-kira pukul 11.00 pagi wak dah pulang ke rumah.

Salam bertani.

Sabtu, 6 Julai 2019

Patah Sayap

Salam bertani.


Si Hitam ini adalah anak ayam kampung baka siam peliharaan 
wak yang berusia dua setengah bulan. 
Istimewanya Si Hitam ini adalah kerana ia mempunyai satu sayap sahaja.


Sayap sebelah kanan Si Hitam terputus semasa ia berumur
sehari selepas menetas.
 Sejak itu ia membesar dengan satu sayap sahaja.
Walau pun mempunyai sebelah sayap ,
 Si Hitam membesar dengan sihat dan lebih besar daripada
 adik-beradiknya seramai 11 ekor.


Si Hitam hanya ada sebelah sayap di sebelah kiri.
Wak  berhasrat untuk menjadikan Si Hitam sebagai
'ayam jago' sebab keistimewaannya mempunyai sebelah sayap sahaja.

Salam bertani.

Selasa, 2 Julai 2019

Durian Kim Hong D198

Salam bertani


Krim, manis, lemak dan pahit sesedap rasa


18.03.2019 -  Bunga 


09.04.2019 - Bunga mula mekar


24.04.2019 - Putik buah


06.05.2019 -  Buah muda


21.-5.2019 -  Semakin membesar


01.06.2019 -  4 biji (2 tangkai)


28.06.2019 - hampir matang.


02.07.2019 - Gugur sulung


1.6 kg sahaja 


Isinya


Biji kesep.

Salam bertani.

Isnin, 1 Julai 2019

Incubator (Alat Penetasan Telur Ayam)

Salam bertani.

Baru-baru ini Wak ada membeli sebuah incubator iaitu alat penetasan telur ayam automatik. Wak nak cuba kaedah baru pengeraman telur ayam kampung berbanding cara semula jadi yang biasa.



Inilah alat penetasan telur ayam automatik yang wak gunakan.


Papan pemuka incubator.

1.40 ialah set pergerakan telur setiap 2 jam
Day 19 : ialah bilangan hari
37.5 C ialah suhu di dalam incubator
70.0% ialah kelembapan di dalam incubator.


Boleh memuatkan 56 biji telur ayam.
Boleh juga digunakan untuk telur unggas lain seperti telur itik,
telur angsa dan dan telur burung puyuh.




Telur ayam subur akan menetas selepas 21 hari dieramkan.


Anak-anak ayam yang menetas dimasukkan ke dalam
kotak didik dan dipanaskan menggunakan mentol 25W
untuk beberapa hari.


Lebih kurang 48 ekor yang menetas.


Brouser produk.

Produk ini ringkas dan mudah digunapakai. Cuma kena pastikan air di dalamnya tidak kering dan perlu ditambah setiap dua hari sekali. Kebaikannya telur ayam lebih selamat, tidak pecah atau kotor berbanding menggunakan ibu ayam. Telur yang tidak subur dapat dikesan lebih awal dan bilangan anak ayam yang dihasilkan juga banyak.


Salam bertani.

MB 93 : Ayam Pelbagai Nama

Salam bertani

sumber : wsp


Salam bertani.