Jumaat, 10 April 2026

Baraan Raya

 Salam bertani

Wak nak tunjuk program baraan raya sekampung yang berkunjung ke rumah wak baru-baru ini. Setiap malam kami bermarhaban ke sepuluh buah rumah selepas solat isyak sehinggalah selesai menginjak ke pukul sebelas setengah malam. Rumah wak giliran ke tujuh daripada sepuluh buah rumah pada malam itu. Jom layan


Persiapan sebelum tetamu datang.


Wak dan pn isteri buat jamuan ringkas aje. 
Pada malam itu ada tiga rumah yang buat jamuan berat.


Wak sediakan menu ubi rebus, dua jenis kuih, buah dan air minuman.


Sebahagian menu yang disediakan.


singkong godog totol karo sambelijo.


Meja di beranda.


Tetamu yang hadir kariah sekampung.


Menjamu selera selepas bermarhaban dan mengaminkan doa.


Jamu selera layan diri.


Ada juga di beranda rumah terutama kanak-kanak.
Setiap kanak-kanan dapat sampul raya.


Tapaw.


Meriah.
Masing-masing bakul motor penuh bungkusan makanan dari
rumah pertama lagi.
Majlis selesai pada pukul sepuluh setengah malam sebelum
diteruskan ke tiga buah rumah lagi sehingga selesai.

Salam bertani.

4 ulasan:

  1. aktiviti sebegini dpt merapatkan tali silaturrahim sesama penduduk kampung dan patut diteruskan oleh generasi muda.

    BalasPadam
  2. Cantik dan luas rumah wak....
    Laman rumah wak pun besar.
    Rumah uncle masuk sebuah basikal pun dah penuh....

    BalasPadam
  3. Sedapnya ubi rebus dicicah pula dengan sambal...

    BalasPadam